Kemelut Felda Global Ventures Holdings (FGV)

oleh Ab Jalil Backer

Keputusan Lembaga Pengarah FGV supaya Presiden dan Ketua Pegawai Kewangan mereka bercuti adalah isu tadbir urus korporat dalaman.

Ini adalah perkara biasa bila Lembaga Pengarah sesuatu syarikat berpendapat ada sesuatu yang tidak kena dengan perjalanan organisasi mereka.

Kita yang di luar organisasi tidak mengetahui keseluruhan keadaan sebenar apa yang berlaku dalam organisasi tersebut. Justeru jalan yang terbaik adalah membenarkan siasatan dalaman dan jika perlu siasatan SPRM berjalan terlebih dahulu.

Kita kata mahu FGV berjaya. Malangnya apabila sesuatu keputusan pengurusan dibuat membabitkan pentadbiran dalaman, kita yang di luar paling cepat melatah tanpa mengetahui keseluruhan fakta.

Bagi saya jika ia keputusan perniagaan atau membabitkan tanah peneroka bolehlah kita bertempik mengulasnya.
Sebaliknya, bila membabitkan isu dalaman korporat, maka FGV dan Kerajaan harus dibenarkan menguruskannya. Mereka sahaja mempunyai maklumat-maklumat dalaman yang tidak mungkin didedahkan buat masa ini.

Lembaga Pengarah FGV bukan calang-calang orang. Benar mereka bukan maksum, demikian juga Presiden FGV,
Jika Presiden FGV tidak tertakluk kepada penelitian Lembaga Pengarah FGV, lebih baik bubarkan sahaja Lembaga Pengarah FGV.

One thought on “Kemelut Felda Global Ventures Holdings (FGV)

  • June 6, 2017 at 11:38 PM
    Permalink

    PM Najib bukan perfect, dan meletakan TSI sebagai Pengerusi FGV adalah satu kesilapan terbesar PM Najib.Mujurlah jawatan Pengerusi FELDA kini sudah di sandang oleh TS Sharil Samad,kalau tidak hancurlah FELDA.Pak Lah lebih bijak dalam melantik CEO atau peneraju sesuatu badan Korporat,kerana beliau melantik orang yg mahir mengenai pengurusan kewang,bukan ahli politik yg sangat gila kuasa tapi buta kayu dalam menilai untung rugi.TSI bukan lah orang yg sesuai utk meneraju badan korporat seperti FGV.Untuk menilai prestasi beliau sebagai Pengerusi ,telitilah prestasi kewangan FGV sejak syarikat tersebut di senaraikan dan TSI I sebagai Pengerusinya.

    Isu 1MDB mungkin tidak akan menjatuhkan BN,kerana rakyat biasa tidak begitu memahaminya ,tapi jika FELDA dan FGV tidak di uruskan dgn baik ianya bakal menjahanamkan Umno dan BN.Memebela TS I sama lah dgn kita mahu menjatuhkan Umno /BN. Ini pandangan saya .

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.