Calon PM: Bila Disebut Pakatan, Itu Maksud Serah Pada Banduan Untuk Tentukan, Hilang Akalkah Kita?

DIMANAKAH letaknya kewarasan rakyat kita sehingga mahu menyerahkan keputusan siapa calon Perdana Menteri KALAU Pakatan ini menang PRU14 kepada (antara lain) banduan, bekas banduan dan calon banduan untuk membuat keputusan itu?  Bukan sebarang banduan tau tapi banduan dengan kesalahan jenayah berat!!

Bila dah disebut Anwar bahawa hanya Pakatan akan buat keputusan siapa calon Perdana Menteri Pakatan (bukan Mahathir), itu maksudnya serah pada golongan banduanlah untuk buat keputusan kan? Anwar semua orang tahulah, Guan Eng pernah setahun kena penjara, manakala dalam Konvensyen reformasi di Shah Alam beberapa bulan lalu, Mahathir secara terus terang kata kalau nak penjarakan dia pun, biarlah selepas Datuk Sri Najib Tun Razak dijatuhkan dulu!!

Tak tahulah pasal orang lain, tapi bagi penulis, Mahathir sedang menawarkan diri jadi banduan tu.

Anehnya, sementara ramai di kalangan masyarakat kita cukup skeptik dengan status banduan ini dimana-mana tapi hal siapa calon Perdana Menteri, boleh bagi golongan ini pulak untuk buat keputusan itu?  Nak ambik buat kerja buruh pun kita tak senang hati kalau tahu orang yang menawarkan diri tu bekas banduan, ini pulak calon Perdana Menteri.

Cukup sajalah dengan apa yang berlaku di Pulau Pinang, dah tinggal berapa luas tanah yang belum dijual sekarang?  Tu antara lain kerja bekas banduanlah tu.

Apa dari 30 juta rakyat kita hari ini (separuh darinya pengundi), dah tak cukup lagi sumber yang boleh jadi calon Perdana Menteri sehingga di kalangan banduan ini juga nak dicari?  Mana nak letak muka kalau generasi baru akan datang bertanya tu besok?

Ini bukan pasal retorik kemanusian ke apa bercakap tentang status banduan ni tapi soal kewajaran sebab yang nak diserah ni jawatan (kalau boleh disebutkan) maha penting dalam negara ni.  Jangan kata orang UMNOlah, orang PKR pun tahu malu dengan status banduan ni, sebab tu seboleh-bolehnya cuba diwajarkan bahawa Anwar tu banduan politik, bukan banduan kes jenayah berat.  Kalau tahanan ISA bolehlah kata banduan politik, ini DNA jumpa 4cm dalam dubor pemuda, politik apa najis kat situ?

Itu PKR tu, depa pun tahu malu, yang bukan PKR ni pulak bersungguh nak serah golongan banduan untuk buat keputusan calon Perdana Menteri ni kenapa?.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.