BR1M Raya VS Bonus Pilihanraya

ORANG Pakatan begitu teruja bila Azmin umum bonus 2.5 bulan gaji untuk kakitangan awam negeri itu sempena hari raya tahun ini.  Begitulah teruja sehingga terlupa bahawa kurang 18,000 orang dari keseluruhan 5.8 juta penduduk Selangor yang mendapat bonus tersebut – kira sendirilah berapa peratusannya tapi rasa penulis tak sampai 0.5% pun!!  Malah, menurut beberapa sumber, termasuk yang menerima bonus ini adalah Azmin dan Exco-Exconya sendiri – apa yang lebih seronok dari menentukan berapa bonus untuk diri sendiri kan?

Kecohnya?  Mengalahkan semua orang kat Selangor nun merasa.  Tidak, hanya 18,000 atau kurang saja.

Hari ini, kerajaan persekutuan membayar BR1M berjumlah RM400 seorang kepada lebih 5 juta penerimanya (berkahwin) di seluruh negara.  Berapa jumlah keseluruhannya, kiralah sendiri tapi billion-billion jugaklah tu.  Dalam masa yang sama, 1.6 juta penjawat awam dan 2.5 juta pesara turut mendapat pemberian khas hari raya masing-masing bernilai RM 500 dan RM 250 seorang dengan jumlah keseluruhan RM 1 billion!!

Kecohnya?  Tak seberapa walaupun jelas lebih ramai yang dapat manfaat melalui BR1M dan pemberian khas raya (bukan sekadar 18,000 orang atau kurang saja), disamping membuktikan kerajaan persekutuan ada duit, bukan nak bankrap seperti dikatakan malapetaka besar, Mahathir.

Cakap pasal pemberian khas hari raya untuk kakitangan awam itu, penulis difahamkan ada segelintir yang mencemuh jumlah tersebut tapi setakat artikel ini ditulis, belum ada seorang pun yang menulis status di media sosial bercadang memulangkan atau menyerahkan wang tersebut kepada sesiapa kerana merasakannya terlalu sedikit.  Kalau penulis terlepas, sila tunjukkan screenshotnya.

Sementara itu berlaku (jika ianya berlaku) – begitulah biasanya, mulut cakap sikit, duit tetap dalam dompet.

Begitupun, lebih celaka lagi bagi mereka yang membandingkan dengan apa yang diberi di Selangor dan kerajaan persekutuan untuk kakitangan masing-masing.  Apa punya dol?  Satu bonus pilihanraya eh silap, hari raya manakala satu lagi pemberian khas raya, datang mana pulak sama?  Jumlah penerima dan nilai keseluruhan pun berbeza.

Dua-dua pun duit rakyat tapi orang boleh menilai sendiri yang mana diurus lebih baik dan memberi manfaat kepada lebih ramai orang dan yang mana hanya memberi manfaat kepada segelintir orang.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.