Beranikah Mahathir Saman Pihak Yang Dedah Kekayaan Anak-Anaknya?

MAHATHIR semalam dikhabarkan mencabar Datin Sri Rosmah Mansor supaya menyamannya berhubung dakwaan kononnya Rosmah menerima barang kemas dari Jho Low bernilai ratusan juta ringgit.  Dari pemeriksaan lanjut bagaimanapun menunjukkan, tidak ada dimana-mana Mahathir secara terus terang  menuduh Rosmah menerima barang kemas tersebut, nak saman macam mana?

Dokumen DoJ yang dijadikan isu sangat itupun tidak langsung menyebut nama Rosmah.  Jadi, saman apa yang Mahathir katakan ni?

Tapi nampak lancar saja Mahathir menyebut soal saman bila bercakap tentang orang lain, yang dia tu banyak sangat ke dah saman orang?  Tak usah cerita pasal segala dakwa dakwi sepanjang dia tu sendiri jadi Perdana Menteri, ni, pihak yang cabar dedahkan punca kekayaan anak-anak dia tu, ada Mahathir saman ke?

Bukan kata di luar saja, orang dalam parti Mahathir sendiri pun ramai yang bertanyakan soal itu, bila nak saman?

Padahal, plot ceritanya lebih kurang sama jugak, seperti mana dokumen DoJ mendakwa Jho Low membeli barang kemas kononnya menggunakan wang yang dicuri, kekayaan anak-anak Mahathir pun dikaitkan dengan kedudukan dia sebagai Perdana Menteri, samanlah.

Apa tak berani saman?

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

One thought on “Beranikah Mahathir Saman Pihak Yang Dedah Kekayaan Anak-Anaknya?

  • June 23, 2017 at 12:13 AM
    Permalink

    Mahathir tidak akan berani kemukakan saman terhadap individu/kelompok yang mendakwa merembat dana negara semasa ia memegang kuasa politik selama 22 tahun dahulu….ia cuma buat gertak sambel…jika ia berani cabar memang nak cari mautla Mahathir…semua kebusukannya akan terbongkar nanti.

    Aku berani kerat jari telunjuk jika Mahathir berani menyaman aku……aku tunggu niiiiiH….!!!!

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.