Banduan Tunjukan “Negarawan” Tempatnya, Berapa Hina Lagi Boleh Pergi?

MAHATHIR tubuh parti sendiri, sokong Pakatan aka telan balik semua ludah dia dulu dan sebagainya ni, tidak lain dan tidak bukan hanya dengan hasrat untuk letak orangnya sendiri sebagai Perdana Menteri.  Senang nak kawal dan ikut cakap dia.  Tua ini mungkin “berhutang” dengan ramai orang ketika dan selepas tidak berkuasa, sebelum padam, ini masa bayar balik dan itu hanya boleh dilakukan oleh seorang Perdana Menteri yang dikawal olehnya – kalau bukan dia sendiri menjadi Perdana Menteri semula.

Hanya orang bodoh saja yang anggap ada orang sanggup taja Mahathir dari segi kewangan saja-saja, tanpa harap balasan apa darinya.  Mahathir mungkin dah 92 tapi kroninya, anak-anaknya, belum lagi.

Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi sasaran kerana beliau enggan menjadi boneka Mahathir – dalam bahasa Mahathir, Najib seorang tidak menunaikan janji, enggan mendengar kata, tidak menghubungi saya selama 6 bulan dan sebagainya.  Ini semua menunjukkan Mahathir mahu Najib menjadi bonekanya, turut patuh apa dia cakap dan bila Najib enggan, dia menyerang Najib dan mahu beliau meletakkan jawatan.

Apa pun, impian Mahathir untuk meletak seorang Perdana Menteri yang dia boleh kawal nampaknya kian kelabu dengan kenyataan Anwar semalam yang secara jelas menutup terus rancangan Mahathir.  Kalau serah Pakatan untuk buat keputusan calon Perdana Menteri (seperti kata Anwar), memang rancangan Mahathir tak akan jadi punyalah.  DAP yang Mahathir gosok sangat sekarang ini pun tidak akan peduli dia sebab berdasarkan 2 PRU yang lepas, jelas Anwar lebih menguntungkan berbanding dengan Mahathir.

Lagipun parti Mahathir tak ke mana, hari-hari ada orang keluar dari Bersatu, apa yang boleh difahamkan dari itu?  PAN yang DAP tubuhkan, tak kuat pun, suam suam juga, tapi kurang-kurang takde orang keluar PAN hari-hari macam parti Mahathir!!

Tapi yang lebih penting lagi kepada penulis ialah, cara Anwar menunjukkan Mahathir “tempatnya”, adalah satu bentuk penghinaan yang tak terbawa dek badan tu.  Berapa hina lagi boleh pergi tu bila seorang ‘negarawan’ konon-kononnya, ditunjukkan jalan keluar oleh seorang banduan?  Dia sendiri pun duduk dalam penjara, hidup terkurung dan tidak bebas tapi menunjukkan jalan keluar kepada impian mega Mahathir?

Kalau orang ada maruah kena macam ini, dia dah duduk diam-diam dah tapi Mahathir, apa maruah dia ada?

 

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.