Lempang : Mahathir Yang Mudah Lupa

oleh Ab Jalil Backer

“Tak pernah berlaku kepada saya atau perdana menteri lain sebelum saya. Ini berlaku hanya di zaman Najib kerana semua orang benci pemerintahannya,” kata Tun Mahathir ketika mengulas inisden pergaduhan Mat Over dan David Teoh di hadapan PM Najib Razak.

Tun Mahathir mungkin lupa betapa bencinya rakyat Malaysia kepadanya sehingga pada 1984, orang Kampung Memali sanggup mati menentang kerajaannya.



Tun Mahathir mungkin lupa betapa bencinya sebahagian rakyat Malaysia kepadanya sehingga beratus ribu orang keluar atas jalan, menyerang PWTC dan berarak ke Seri Perdana mahu menjatuhkannya pada 1998.

Tun Mahathir mungkin lupa seorang seniman terkenal pernah bertanya “Siapa Mahathir”?

Tun Mahathir mungkin mudah lupa bekas timbalannya dipukul sehingga mata lebam.

Jika diukur peristiwa pergaduhan David Teoh dan Mat Over yang tiada kaitan langsung dengan pentadbiran Najib Razak berbanding “pemberontakan memali, al-Maunah dan Reformasi” siapa lagi dibenci, Najib atau Mahathir?

5 thoughts on “Lempang : Mahathir Yang Mudah Lupa

  • May 19, 2017 at 5:32 PM
    Permalink

    Mahathir juga sudah lupa ,seorang yg bertaraf Sastrawan Negara menyamakan beliau dan ahli pentadbirannya dalam sebuah novel satira sebagai kumpulan taik dan dia adalah kepala taik.

    Reply
  • May 19, 2017 at 10:17 PM
    Permalink

    Syabash Mat Over. David memang kurang ajar.

    Reply
  • May 20, 2017 at 6:36 AM
    Permalink

    Mahathir juga lupa bagaimana beliau semasa menjadi PM dimalukan dengan amat hina oleh seorg pemimpin negara luar di bumi Malaysia. Belum pernah mana mana pemimpin negara dilakukan sebegitu rupa oleh tetamunya yg nernama AlGore

    Reply
  • May 20, 2017 at 10:37 AM
    Permalink

    Dia x pernah nak jumpa rakyat, kalau jumpa pun cuma bersalaman sahaja.

    Reply
  • May 20, 2017 at 1:50 PM
    Permalink

    Siapa pulak PM yang disembur serbuk lada kemukanya ?

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.