Catatan Buat Mufti Pulau Pinang: GST, Fakir Miskin dan Kerajaan Malaysia

Share

oleh Ab Jalil Backer

Mendakwa GST haram kerana ia mengenakan cukai ke atas fakir miskin adalah satu salah faham besar terhadap pelaksanaan sistem ini di Malaysia.

GST dikecualikan ke atas lebih 100 barangan. Ini termasuk makanan asasi seperti beras, ikan, telur, sayur, daging dan ayam.

Jadi secara asasnya, jika anda dalam kategori yang benar-benar fakir miskin seperti zaman Rasulullah, bukannya perasan miskin, anda tidak akan membayar GST pun.

(Saya sebut zaman Rasulullah kerana isu ini dibincangkan dalam konteks pentadbiran zaman Nabi dan para sahabat serta hubungannya haram kutip cukai ke atas fakir miskin).

Dalam masa yang sama, Mufti Pulau Pinang mungkin terlepas pandang bahawa sistem kebajikan kerajaan Malaysia jauh lebih baik dari sistem kebajikan zaman empayar Islam sendiri.

Bukan sahaja fakir miskin mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan BR1M; yang kurang senang, pura-pura miskin dan kaya pun mendapat bantuan kerajaan.

Mereka yang berpendapatan bawah RM 4,000 sebulan mendapat bantuan kerajaan secara langsung, walaupun dalam masa yang sama wajib membayar zakat pendapatan. (Wajib membayar zakat pendapatan maknanya mereka bukan lagi kategori rakyat miskin).

Ini belum diambil kira bantuan kerajaan kepada pelbagai pertubuhan kebajikan, badan bukan kerajaan dan rumah ibadat.

Malah di Malaysia, orang yang di luar kelompok miskin, hidup senang dan kaya turut menerima bantuan kerajaan seperti Skim Buku Teks Percuma dan subsidi perubatan di Klinik dan Hospital Kerajaan.

Maka sebelum memfatwa GST haram kerana menindas fakir miskin, definisi fakir miskin dalam konteks Islam perlu difahami terlebih dahulu.

Apa yang diuar-uarkan miskin di Malaysia hari ini bukan definisi miskin dalam Islam tetapi lebih kepada definisi miskin dalam kesenangan dan nafsu duniawi.

Jadi saya fikir dari segi kebajikan, kesenangan dan keprihatinan kepada rakyat, kerajaan Malaysia ini antara yang terbaik selepas zaman Rasulullah s.a.w.

Wassalam.

(Visited 9 times, 1 visits today)

One thought on “Catatan Buat Mufti Pulau Pinang: GST, Fakir Miskin dan Kerajaan Malaysia

  • April 30, 2017 at 18:52
    Permalink

    mufti Selangor tidak pula terpengaruh pada dakyah & desakan syaitan & DAP laknatullah supaya menganggap GST haram sebaliknya mufti Pulau Pinang yang terpengaruh sehingga syok sendiri memandai-mandai memfatwa GST haram sedangkan Selangor ditadbir juga oleh pembangkang dimana DAP laknatullah turut sama mentadbir

    mufti Pulau Pinang boleh dikata tipis iman(kerana mudah terpengaruh pada dakyah syaitan & DAP laknatullah) serta tidak beramal dengan betul ilmu yang dia peroleh…entah2 ijazah yang dia ada untuk melayakkan dirinya dipilih & dilantik menjadi mufti adalah palsu? jika bukan kerana kepalsuan ini tidak mungkin mufti Pulau Pinang sanggup menjadikan dirinya barua DAP laknatullah dengan memfatwa secara syok sendiri bahawa GST adalah haram

    takpelah, kau boleh terus jadi barua DAP…nanti selepas PRU14 sudah tidak lagi menjadi mufti boleh minta DAP jadi calon bertanding untuk PRU15…jadi agamawan(mufti) dilihat teramat jelek bila tidak sehaluan dengan mufti2 lain, tukar profesyen jadilah orang politik sebab orang tak kisah bila orang politik mengharamkan perkara yang baik(seperti GST)

    Reply

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!