Bala Atau Kuasa Tuhan Ikut Untung Politik Macam Mana

Share

SEBENARNYA parti PAS tidak bolehlah terlalu memekak dengan serangan dilancarkan penyokong PAN bila Muktamar mereka dilanda ribut semalam – kononnya itu petunjuk bala dari Tuhan kepada PAS.  Hakikatnya, 90% daripada kebodohan mengaitkan bencana alam dengan politik di negara ini sebenarnya adalah bermula dari PAS sendiri.

Kalau tak pemimpin atasan PAS itu terlibat menyebarkan fahaman bodoh macam ini (mengaitkan bencana alam dengan politik), mereka akan berdiam diri bila penyokong dibawah melakukannya – berdasarkan pemerhatian penulis, yang kedua itulah kerap paling berlaku.

Hari mungkinlah ada perubahan di sana sini terutama di peringkat atasan tapi diperingkat penyokong di bawah ni, majoriti besar masih macam itu.  Susah nak mengubah benda yang dah berlumut macam ini.  Apatah lagi sebahagian besar penyokong PAN hari ini adalah juga penyokong PAS, apa nak dihairankan sangat?


Yakinlah kalau kejadian sama berlaku kepada konvensyen PAN sekalipun, penyokong PAS tidak akan lepas peluang untuk mengaitkannya dengan bala Tuhan.  Silap-silap, dengan kepimpinan atas sekalipun ikut menumpang.

 

One thought on “Bala Atau Kuasa Tuhan Ikut Untung Politik Macam Mana

  • April 30, 2017 at 19:20
    Permalink

    “ada orang PAN kata ribut memusnahkan banyak khemah(gerai) di tapak ekspo sempena muktamar PAS itu disebabkan bala balasan tuhan kerana banyak barang2 yang hendak dilual itu diperoleh secara tidak membayar dengan penuh & betul kepada pembekal/pembuat sebenar kepada barang2 itu…ada buku2 yang dijual itu tidak pernah dibayar royalti kepada si penulis seperti yang telah dijanjikan, dalam erti kata lain buku2 yang dijual itu ialah buku2 yang telah diciplak hasil karya sebenar”

    PAN berani membuat kata2(sebut ‘tuduhan’) diatas sebab PAN terdiri dari bekas2 pemimpin PAS…harap ada orang PAS dapat masuk myKMU untuk menafikan segala tuduhan PAN itu

    Reply

Leave a Reply