Exco Selangor: Kenapa Minta PAS Letak Jawatan Bila Azmin Boleh Pecat?

PENULIS tak faham bodoh macam mana orangnya Saifudin Nasution ini apabila mengeluarkan kenyataan meminta semua Exco PAS dalam  kerajaan Selangor meletakkan jawatan jika parti itu benar-benar mahu memutuskan hubungan dengan PKR seperti banyak digasak perwakilan dalam Muktamar PAS yang sedang berlangsung.

Bukankah Azmin selaku Menteri Besar boleh memecat Exco Selangor yang dimahukannya seperti mana Khalid Ibrahim memecat Hasan Ali dulu?  Sudah tentulah dalam kes Hasan Ali permainannya dengan meminta PAS memecatnya terlebih dahulu sebelum yang lain menyusul, tapi ini cerita lain.

Yang penting sekarang, berdasarkan itu, Azmin selaku Menteri Besar boleh memecat semua 3 Exco PAS dalam kabinet Selangor, tak payah tunggu mereka letak jawatan.

Jadi tak faham kenapa Saifudin desak benda susah (suruh Exco PAS letak jawatan) dan melupakan benda senang (Azmin pecat Exco PAS)?  Penulis katakan benda senang sebab, Azmin satu parti dan satu Pakatan dengan Saifuddin berbanding PAS yang kini berada di luar Pakatan.  Senang nak menyuruh sesama sendiri dari menyuruh orang yang tak berkaitan ye tak?

Apa pun, nasihat kepada yang lain, main politik tu berpada-pada, jangan jadi bodoh macam Saifudin.

One thought on “Exco Selangor: Kenapa Minta PAS Letak Jawatan Bila Azmin Boleh Pecat?

  • April 29, 2017 at 9:09 pm
    Permalink

    Untuk melayakkan anda menjadi ‘pemimpin’ dalam party pembangkang di Malaysia anda tidak perlu memiliki kebolehan memimpin, kelayakkan akedemik , kebijaksanaan atau kepandaian .

    Apa yang diperlukan ialah hati yang kecewa, perut yang kotor, akal yang pandai putar belit serta mulut yang celupar. Dengan kriteria demikian, Nah anda telah pun layak jadi seorang pemimpin politik di Malaysia .

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *