YaPEIM MENANG KES MAHKAMAH

Share

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberi kemenangan kepada Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Dato’ Shahlan Ismail bagi mengekalkannya sebagai Pengarah Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin).

*Ringkasan Keputusan* :

Mahkamah Tinggi membuat tujuh deklarasi :

1⃣ Pemecatan Dato’ Shahlan sebagai pengarah Pemangkin pada 28.10.2016 terbatal dan/atau tidak sah;

2⃣ Pengguguran Dato’ Shahlan sebagai penandatangan cek bagi semua akaun di bawah nama Pemangkin sebagai terbatal dan/atau tidak sah;

3⃣ Satu perintah Shahlan didaftarkan semula sebagai Pengarah Pemangkin (No. Syarikat: 716783-P) dan setiausaha syarikat, Sepekar Zanidah Binti Hussin memfailkan Borang 49 dalam tempoh 2 minggu dari tarikh perintah;

4⃣ Satu perintah Shahlan dinamakan semula sebagai penandatangan cek bagi semua akaun di bawah nama Pemangkin;

5⃣ Satu deklarasi bahawa mesyuarat Lembaga Pengarah Pemangkin pada 28.10.2016 (Mesyuarat tersebut) sebagai terbatal;

6⃣ Dokumen statutori Defendan Ketiga diperbetulkan dengan memasukkan kembali nama-nama pengarah sepertimana sebaik sahaja sebelum Mesyuarat tersebut dalam masa 2 minggu dari tarikh perintah;

7⃣ Satu perintah supaya setiausaha syarikat, Sepekar Zanidah Binti Hussin untuk menyediakan dan/atau memfailkan dan/atau menyerah simpan segala surat-menyurat dan/atau borang-borang dan/atau dokumen-dokumen yang berkaitan selaras dengan perintah Mahkamah.

Mahkamah Tinggi juga memerintahkan mereka yang didapati tidak benar membayar kos mahkamah sebanyak RM10,000.

Justeru, berdasarkan kepada Perintah di atas, keputusan yang diambil oleh dua orang ahli lembaga pengarah yang korup iaitu Yusoff Bakar dan Hj. Fazil dalam memecat Dato’ Shahlan adalah terbatal kerana mesyuarat tersebut adalah tidak sah.

✅ Dengan kata lain, Dato’ Shahlan dan dua lagi masih lagi merupakan pengarah-pengarah Pemangkin dan setiausaha syarikat Pemangkin dikehendaki untuk memproseskan dokumen berkaitan bagi memberikan kesan terhadap Perintah Mahkamah tersebut.

Ini bermakna kedudukan pengarah-pengarah Pemangkin kini adalah seperti mana pada masa mereka masih lagi merupakan pengarah Pemangkin (Dato’ Shahlan dan dua lagi) sebelum mereka dipecat secara salah oleh dua individu bernama Yusoff Bakar dan Hj. Fazil.

? Alhamdulillah, YaPEIM terus diberikan bantuan Allah swt & bebas daripada individu-individu yang tidak berintegriti.

*#Tahniah & Syabas YaPEIM* ??
*#Teruskan usaha memperkasa ekonomi Ummah* ??

Leave a Reply