Skandal Forex: Anwar Petik Nor Mohamed, Agak-Agak Nor Mohamed Petik Siapa?

DALAM satu kenyataan semalam, Anwar, ketika memberikan keterangan di hadapan pasukan Task Force yang ditubuhkan bagi menyiasat skandal Forex yang menyebabkan negara kehilangan RM 44 billion pada pertengahan 90-an lalu, mengesahkan bahawa kerugian yang terpaksa ditanggung adalah antara RM 15 billion-RM30 billion – nilai pada waktu itu.

Nilai pada waktu ini sudah tentu lebih besar lagi.

Kenyataan ini tak langsung menyebelahi Mahathir yang masih bertegas kerugian dari skandal ini adalah sekitar RM 9 billion SAHAJA dan ia tidak lebih dari sekadar kerugian atas kertas – maksud tua kutuk ni, secara fizikalnya negara tak kehilangan apa-apa – kepala otak dia.  Bagaimanapun, jauh lebih penting dari wang rakyat yang hilang itu, Mahathir sebenarnya mahu rakyat percaya dia tidak bertanggungjawab dalam soal tersebut sekalipun dia adalah Perdana Menteri pada waktu itu.

Yelah tu, kalau Datuk Seri Najib selaku Pengerusi Lembaga Penasihat (bukan Lembaga Pengarah 1MDB) perlu bertanggungjawab atas semua keputusan syarikat tersebut, yang dia sebagai Perdana Menteri tak boleh dipertanggungjawabkan atas kehilangan berpuluh billion wang rakyat?  Siapa bodoh nak percaya kenyataan macam ini?

Apapun, Anwar menyebut nama Nor Mohamad Yaakob yang kemudian dilantik Mahathir sebagai Menteri Kewangan Kedua dan sebelum itu orang yang menasihatkannya bagaimana untuk mengeluarkan negara dari kegawatan ekonomi 1997.  Macam mana orang yang sebabkan kehilangan berpuluh billion wang negara (ikut kata Anwar), kemudian dilantik sebagai Menteri Kewangan 2 dan penasihat untuk mengeluarkan negara dari kegawatan ekonomi?  Itu satu persoalan yang menarik untuk dirungkai.

Penulis tak rasa masalahnya pada Nor Mohamad tapi pada Mahathir.

Sebab itu tak sabar nak tunggu Nor Mohammad pulak dipanggil memberi keterangan dan agak-agak nama siapa yang akan Nor Mohammad sebutkan nanti?  Mana-mana satu pun, setakat ini, apa yang Anwar sebut mengenai skandal itu, tidak langsung membayangkan kedua mereka ini sudah berkawan seperti yang digembar-gemburkan.  Dahlah Kit Siang tak membantu, Anwar pun lebih kurang itu juga.  Gamaknya, salam, salam jugalah tapi ada peluang balun, aku balun.

Kadang-kadang, rasa kesian pulak tengok Mahathir ni.

One thought on “Skandal Forex: Anwar Petik Nor Mohamed, Agak-Agak Nor Mohamed Petik Siapa?

  • April 27, 2017 at 16:20
    Permalink

    skandal forex ini mudah sahaja untuk kita faham siapa petualang yang sebenar….

    mana mungkin nor mohamad yaakob nak biarkan dirinya dijadikan kambing hitam juga seperti jaffar hussein…takde siapa nak percaya 2 individu ini harus dipersalahkan kononnya melakukan kesilapan & kesalahan(menyebabkan BNM kehilangan/kerugian berpuluh bilion ringgit dalam forex) tapi TPM(anwar) & PM(mahathir) pada masa itu tidak berani, boleh buat tak tahu & buat bodoh sahaja dari mengenakan apa2 tindakan yang wajar mengikut undang2 terhadap nor mohamad yaakob & jaffar hussein

    Reply

Leave a Reply