Pembangkang tidak berpijak di bumi nyata

Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pembangkang tidak berpijak di bumi nyata apabila menyatakan mereka tidak akan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) jika diberi kuasa untuk memerintah negara.

Perdana Menteri berkata, buktinya jelas dapat dilihat hari ini apabila mereka bertindak melakukan pusingan U terhadap pendirian berkenaan.

Menurut beliau, kerajaan bakal kehilangan sumber kewangan sebanyak RM50 bilion jika tidak melaksanakan sistem percukaian berkenaan yang mana boleh memberi kesan kepada sistem perkhidmatan awam.

“Pusing ‘U’ itu perkara biasa, banyak lagi yang mereka buat (pusingan U). Pembangkang berjanji sesuatu tidak ada fakta yang sebenar, asal sedap didengar orang.

“Realitinya mana-mana kerajaan mesti berdiri di atas sumber hasil pokok. Menolak GST bermakna menolak RM50 bilion, dan sudah pasti perkara ini akan mengganggu fungsi banyak perkhidmatan kepada rakyat,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini malam ini.- UTUSAN ONLINE

Leave a Reply