Mahathir Kuku Besi, Najib Razak Diplomasi

Share


De-Facto-Leader PPBM, sekali lagi membenarkan kata-kata politik tentangnya apabila apabila mengalu-alukan pengkritik-pengkritik di dalam Parti Pribumi Bersatu agar keluar dari parti tersebut, atau dalam bahasa pasarnya, “sila berambus”.

Jangan hairan, kerana memang sudah menjadi caranya tidak boleh dikritik.

Perhalusi sahaja perjalanan politiknya, terutamanya pada era 22 tahun pemerintahannya. Semuanya harus memenuhi kehendaknya sahaja. Tanyalah mereka-mereka yang memilih untuk tidak bersama Mahathir, apa yang menimpa mereka. Tanyalah orang-orang lama dari Semangat46, dan kisah Tun Salleh Abas dan lima orang lagi hakim. Itu hanya sebahagian sahaja.

Samada cara pentadbirannya ketika itu betul atau tidak, masing-masing punya hujah untuk mempertahankan pendapat masing-masing. Namun apa yang pasti, Mahathir sentiasa menganggap dirinya betul dan tidak boleh dikritik. Segala-galanya adalah berkenaan dengan Mahathir.

Yang paling beruntung tentulah si Mukhriz. Kepada yang berangan untuk kononnya berjuang bersama PPBM, lupakanlah niat anda kerana anda perlu perjuangkan Mahathir, bukan sebuah organisasi politik.

Dengan kenyataan terbarunya, maka syarat utama untuk menjadi ahli parti Pribumi ialah samikna wa atokna, dan jangan mengkritik parti atau kepimpinan. Syarat sebegini sangat diperlukan untuk menyuburkan benih-benih ketaksuban.

Anehnya, orang yang sama pernah menuduh Perdana Menteri Najib Razak sebagai tidak demokratik. Lucu sungguh. Sebaliknya, Perdana Menteri Najib Razak dilihat lebih  tenang dalam menghadapi kritikan-kritikan terbuka yang ditujukan kepada beliau samada atas kapasiti Presiden UMNO, atau Perdana Menteri.

Mujur Mahathir tidak lagi bersama UMNO dan kerajaan. Jika tidak, tahulah untung nasib kepada yang mengkritiknya.

Ketika Mahathir memilih untuk kekal mirip gaya “kuku besi”, Najib Razak lebih “cool” dengan cara berdiplomasi.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *