GST dan Pendidikan

oleh Ab Jalil Backer

Hujah penyokong Mahathir tanpa GST pun Mahathir mampu bangunkan negara lebih baik sangat tidak rasional. Mereka membuat andaian subjektif semata-mata.

Dalam bidang pendidikan misalnya, jumlah guru pada zaman Mahathir (2000) hanyalah 267,010 orang untuk 4 juta lebih pelajar.

Hari ini, Perdana Menteri Najib Razak (2016) mempunyai 421, 828 orang guru untuk 5 juta lebih pelajar.

Pada tahun 2000 jumlah sekolah ialah 8,876 manakala pada 2016, Najib Razak mempunyai 10,180 sekolah untuk dibiayai. Ini belum mengambil kira pengenalan pelbagai teknologi yang telah meningkatkan kos pengurusan berbanding zaman Mahathir.

Selain itu, pada 2007, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan semua Yuran sekolah dan Yuran Peperiksaan Sekolah dimansuhkan.

Pada 2007 juga kerajaan mengumumkan pemberian buku teks kepada semua pelajar tanpa mengira pendapatan.

Beban ini semua perlu ditanggung oleh Najib Razak demi keselesaan rakyat.

Pada 2012, PM Najib Razak mengumumkan kenaikan gaji guru antara 37-39 peratus yang merupakan antara kenaikan terbesar dalam sejarah.

Kepada guru-guru yang memaki hamun Najib Razak, ingatlah sebahagian anda berada di sana kerana kerajaan ini mencari pendapatan alternatif bagi menambah bilangan anda dan meningkatkan gaji anda.

Jika menggunakan pendekatan zaman Mahathir, hampir separuh daripada anda tiada kerja hari ini.

Semua ini dilakukan bagi meningkatkan kualiti pendidikan asas negara.

Penyokong Mahathir perlu ingat, kaedah pentadbiran Mahathir baik pada zamannya tetapi sudah lapuk pada zaman hari ini.

Leave a Reply