Raja Bomoh Sudah Bertaubat, Rafizi Pula Bila?

Share


Siapa yang tidak kenal dengan Ibrahim Mat Zin, yang terkenal dengan gelaran Raja Bomoh Antarabangsa. Gayanya yang bersahaja dan pelik ketika melakukan upacara pembomohan seringkali mengundang situasi tidak kering gusi dan gelak ketawa. Secara jujur, penulis tidak pernah percaya apa yang dilakukan, dan menganggapnya sebagai hiburan semata-mata.

Seperti juga dalam susuk tubuh bernama Rafizi, penulis tidak pernah percaya dengan apa yang dikatakannya, namun tidak menganggapnya sebagai hiburan, walaupun dia sendiri pernah memberitahu mahkamah bahawa isu cincin yang dicanangkannya adalah satu gurauan. Ia lebih bersifat hasutan, seperti yang diakui olehnya sendiri dalam satu video bahawa sememangnya dia adalah seorang penghasut.

Untuk rekod, Rafizi telah banyak kali didapati samada menghasut, atau memfitnah. Antaranya;

  1. Pada 9 Ogos, 2014, dokumen Langkah Kajang yang diilhamkan Rafizi berjaya menyingkir Abdul Khalid daripada parti PKR kononnya berikutan pendedahan pelbagai kesalahan Menteri Besar itu. Khalid kemudian memfailkan saman terhadap bekas Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution dan PKR. Setahun kemudian iaitu pada 14 Ogos 2015, Saifudin meminta maaf di mahkamah secara terbuka.
  2. Januari 2016, Rafizi juga didapati bersalah dan didenda RM1,800 kerana mencetuskan ketegangan agama antara Islam dan Kristian.
  3. Oktober 2016, Rafizi diarah membayar RM300,000 oleh Mahkamah Tinggi kerana memfitnah National Feedlot Corporation (NFC) tentang lembu dalam kondo.
  4. November 2016, Rafizi didapati bersalah kerana didenda RM1,950 kerana didapati bersalah menghasut bagi himpunan haram Blackout.
  5. November 2016, Rafizi didapati bersalah kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi 1972 dan dihukum penjara 18 bulan. 

Bila Izrail datang memanggil, jasad terkubur di pembaringan.

Tidak mustahil bait-bait kata diatas telah memberi kesan kepada ramai orang, dan mungkin juga telah menyedarkan Raja Bomoh, lantas kita bersyukur apabila dia memilih untuk membuat pengakuan dan bertaubat di atas kesalahan yang dilakukannya.

Sedang Raja Bomoh sudah bertaubat, Rafizi pula bagaimana?

 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *