Kalau Adam Rosly Dulu Ahli PAS, Kenapa Pulak?

PEMIMPIN PKR nampaknya betul betul hilang arah bila Ketua AMK Ampang ditahan dan didakwa pihak SPRM di Mahkamah atas pelbagai tuduhan – dari menipu maklumat semasa soal siasat, kepada berkaitan penggubahan wang haram.

Ada yang minta diberi peluang proses keadilan berjalan sebelum menuduh, tak kurang jugak yang mahu kes itu dijauhkan dari parti, sikit pun takde bunyi-bunyi nak membela.  Berbeza betul kesnya kalau Anwar, Guan Eng dan Rafizi yang kena, belum apa-apa dah dikatakan fitnah dan tipu.

Mungkin nasib orang kecil agaknya.

Bagaimanapun, ditengah-tengah reaksi yang pelbagai itu, penulis sedikit tak faham apa nak diungkit pulak asal usul politik Ketua AMK Ampang ini yang dulunya ahli PAS?  Apa kaitannya?  Anwar dan Azizah pun dulu ahli UMNO, Azmin pun, silap-silap Rafizi pun, so apa masalahnya pulak?

Penulis percaya dan yakin, nenek Rafizi pun dulu anak dara, betul tak?  Tapi apa pulak berkaitan dengan Rafizi dan kerjaya politiknya hari ini – diumpamakan macam itulah.  Benda takde kaitan, jangan nak jadikannya berkaitan, rakyat ada yang bodoh, tapi bukan semuanya begitu.

Kalau semua cerdik, PKR, PAN, Bersatu dan DAP ni tak akan wujud, pasal ada yang bodohlah tu boleh wujud.

Apa pun, inilah politik pembangkang kalau rakyat nak tahu.  Bila dah terdesak tu, semua benda pun diungkit walaupun nampak jelas langsung tak berkaitan.

Leave a Reply