U-Turn BR1M & GST Oleh Pembangkang Bukti Najib Razak Berada Di Kelasnya Tersendiri

Share

Resmi pembangkang, membangkang sampai ke lubang kubur, biar pun apa yang kerajaan lakukan memberi manfaat kepada negara. Selalunya, mereka menggunakan 2 alasan untuk menghasut, pertama, kerajaan bankrap dan kedua, kerajaan zalim. Kedua-duanya seolah-olah sudah menjadi zikir dan wirid harian mereka.

Bayang sahajalah, bagaimana usaha kerajaan untuk memulangkan hasil negara melalui cara subsidi bersasar seperti BR1M telah dipolitikkan serta diburuk-burukkan. Serangan demi serangan diarahkan ke BR1M, namun hakikat sebuah kebaikan, tidak akan pudar ditelan kejahatan. Akhirnya, setelah gagal menghasut rakyat, dengan kesipuan mereka mengakui bahawa BR1M adalah cara yang betul, demi rakyat.

Kalau perkara yang secara langsung memberi manfaat seperti BR1M pun mereka cuba “jahanamkan”, bagaimana pula dengan Goods & Services Tax (GST)? Maka, apa yang hendak dihairankan jika pembangkang sehabis-habisan menggunakan isu GST ke tahap optima. Sudah berkali, bermacam dan pelbagai kaedah untuk memberi penerangan tentang GST, namun samada sengaja atau memang bebal, pembangkang masih menggunakan isu tersebut untuk menghasut rakyat.

Tidak cukup di media sosial, mereka turun ke jalanraya pula.

Di sebalik hentaman dan kritikan dari pembangkang, Perdana Menteri Najib Razak kekal istiqamah dengan apa yang beliau percaya akan menguntungkan negara dan rakyat. Berkat kesabarannya, dibantu barisan menteri dan pentadbir kerajaan, serta dengan izin Allah, akhirnya, baik BR1M dan GST, masing-masing diperakui kepentingannya sehingga pembangkang sendiri mengakui andai rakyat memilih mereka sebagai pemerintah, mereka tidak akan memansuhkan kedua-duanya.

Menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri! Meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri! Tidak perlulah untuk kita bincangkan tentang alasan teknikal mereka untuk menurunkan kadar atau sebagainya. Lihat sahaja pelbagai cukai yang ada di negeri-negeri yang mereka tadbir. Cukai apa yang turun?

Dalam menempuhi gelora ekonomi dunia yang tidak stabil, kedua-dua mekanisma itu dibuktikan sangat membantu, sehingga kedua-duanya turut akan dijadikan contoh dan dilaksanakan oleh negara-negara lain.

Kata lah apa pun jua, Perdana Menteri Najib Razak berada di kelasnya yang tersendiri dalam merangka dan menyusun ekonomi negara, berbanding pembangkang di Malaysia, yang jelas masih dibuai kepalsuan kata-kata politikus-politikus antik zaman Paleolitik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *