Panjang & Pendeknya, Isu 1MDB-IPIC Tidak merugikan Rakyat Sesen Pun

Share

KEJAYAAN pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak menyelesaikan pertikaian membabitkan 1MDB dan IPIC semalam, secara ringkasnya adalah satu jalan cerita yang agak panjang, membabitkan perkara-perkara teknikal berkaitan ekonomi tahap tinggi yang bukan mudah nak dijelaskan dalam bahasa yang marhaen sifatnya..

Yang semua rakyat perlu tahu ialah, isu itu tidak merugikan atau menyebabkan rakyat menangung hutang lebih RM 25 billion seperti yang cuba dituduh Mahathir dan kuncu-kuncunya.  Waima Mahathir pun tak berani nak kata pertikaian itu PASTI menyebabkan rakyat akan menanggung hutang berpuluh billion, sebaliknya dia berlapik dengan ayat TAK PASTI seperti ‘mungkin’, ‘jika’, ‘kalau’ dan sebagainya.

Tak percaya rujuk balik apa yang laman-laman penyembah Mahathir di Facebook tulis pasal isu ini sekitar Jun tahun lepas bila IPIC membawa pertikaian ini ke London Court of International Arbitration.  Puak in siap samakan pertikaian 1MDB-IPIC ini dengan kerugian zaman Marcos pulak lagi, padahal, apa kaitannya?   Tapi nak tunjuk, bodoh macam itu sekali.

Sudah tentu orang Pakatan seperti Rafizi dan Tony Pua akan terus memanjangkan isu ini dengan mendakwa penyelesaian semalam hanya menambah lebih banyak persoalan.  Ini benda biasa, kenyataan politik, pembangkang pulak lagi.  Selesai pun jadi isu, tak selesai apatah lagi.  Dah puak ini mencari makan dari hal hal semacam ini, apa yang nak dihairankan sangat.

Tapi nak tahu ada kesan kepada kita atau tidak, periksa wallet dan akaun bank di mesin ATM, ada berkurang ke duit kita dek kerana isu ni?  Atau adakah kita disenarai hitamkan oleh pihak bank kerana ‘hutang’ dari pertikaian 1MDB-IPIC yang kini telah selesai tu dan sebagainya.

Nampak macam bodohlah permintaan tu tapi lebih bodoh lagi yang dok kata pertikaian 1MDB-IPIC ni boleh menyebabkan rakyat menanggung hutang berpuluh billion kerananya.

Leave a Reply