Rasuah: Isu Tradisi Pembangkang Zaman Berzaman…

Share

Sekirnya ditanya pada veteran-veteran politik, isu yang sering dimainkan di zaman mereka dahulu adalah isu ‘rasuah’. Pantang musim pilihan raya, semakin kuat kedengaran ‘zikir’ yang puak pembangkang menuduh pemimpin kerajaan mengamalkan ‘rasuah’ dan ‘penyelewengan’.

Hingga ke hari ini, isu itulah juga yang kita dengar saban hari. Malah seorang bekas ketua kerajaan yang paling lama berkuasa di negara ini pun menggunakan isu yang sama, menuduh Malaysia sebagai antara negara paling korup di dunia sekarang.

Padahal, di zaman dialah yang menyaksikan pemimpin kerajaan paling kuat dituduh mengamalkan rasuah dan menyeleweng. Malah, di zaman dialah diyakini politik wang lahir dan semakin membarah berleluasa hingga menjadi ‘virus’ yang agak sukar dibuang.

Yang peliknya, sedang laporan-laporan indeks rasuah yang diiktiraf seantero dunia dikeluarkan dan ia menunjukkan Malaysia tidak tergolong pun dalam senarai 100 negara paling rasuah, jauh sekali ‘top 10’ dalam senarai itu, masih juga dia mahu menuduh negara ini paling rasuah?

Perkembangan agensi pencegah rasuah di negara kita hari ini menyaksikan tindakan agresif yang tidak mengenal siapa. Tidak kira pemimpin UMNO, pemimpin pembangkang, pegawai tinggi penjawat awam, ahli perniagaan, hinggalah ke tahap paling rendah, semuanya ‘kena’. Tapi jika didakwa pun, tidak semestinya bersalah, bukan? Sehingga tidak diputuskan mahkamah, maka tertuduh tidak bersalah…

Jika ada prima facie, maka mereka akan didakwa di mahkamah. Jika tiada kes untuk dilakukan pertuduhan, maka sudah tentu individu itu tidak didakwa. Jika disabit kesalahan, maka terimalah hukuman sewajarnya. Tiada keistimewaan diberi.

Dari sudut siasatan pula, semua pihak tidak dikecualikan. Hatta Perdana Menteri, bekas Perdana Menteri, Sultan, pegawai kerajaan, staf sokongan, orang awam dan sebagainya, semua diminta berikan kerjasama untuk membantu siasatan. Semua berjalan dengan lancar, baik dan telus.

Jadi, tidak hairanlah jika dunia memandang tinggi pada usaha Malaysia dalam membanteras gejala rasuah di negara ini. Ia bukan suatu yang retorik. Malah usaha serius kerajaan itu diktiraf banyak badan-badan bebas dunia. Kecuali ‘dia’ seorang sajalah…

Justeru itu penulis lihat, adalah tidak wajar sama sekali menjejaskan nama baik negara kita dengan suatu pertuduhan yang tiada asas yang kukuh. Hanya sekadar tuduhan tanpa bukti, hanya semata-mata ‘hearsay’, Islam pun tidak boleh terima tohmahan begitu, bukan?

Oleh itu, tidak perlulah puak-puak ‘macai’ pembangkang menunjuk-nunjuk ketidakcerdikan diri dengan memperkatakan sesuatu yang tidak benar. Bukan saja ia merupakan satu kesalahan, malah ia juga berdosa besar dari sudut hukum Islam.

Saranan penulis, jika mahu serang kerajaan sekali pun, tolonglah cari suatu yang berasas, terbukti benar dan berlandaskan hukum-hakam agama. Itu pun jika mereka beragamalah. Jika tidak beragama, maka teruskan saja apa yang kalian mahukan. Tahulah Allah ‘mengajar’ nanti…

(Visited 11 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!