PAS Bukan Sekutu UMNO Tapi Mahathir Dah Tentu Sekutu DAP

Share

SETAKAT yang penulis periksa, komponen BN masih kekal 13 parti.  Tak tahulah dari mana datang cadangan bahawa PAS sudah jadi sebahagian dari komponen BN sehingga dalam PRU14 yang akan datang, Guan Eng mahu rakyat melihatnya seperti itu.  Malah dalam banyak kenyataan, PAS jelas mahu bersendirian dalam PRU14 yang akan datang.

Tapi yang pastinya, parti Bersatu cap bunga yang Mahathir tubuhkan itu memang sudah jadi sekutu DAP. Formulanya sekarang, undi Bersatu bermaksud undi DAP sedangkan undi PAS, sudah tentu tidak undi BN – susah sangat nak faham ke?.

DAP ini memang pakai taktik yahudi betullah kan? Dia yang putuskan hubungan dengan PAS, dia yang mansuh Pakatan Rakyat dan tubuhkan Pakatan Harapan, dia yang jadi tulang belakang kepada perpecahan PAS sehingga tertubuhnya PAN, tapi setelah terbukti langkah itu silap dan memakan diri, segala yang jahat jatuh kepada UMNO, kepada BN dan PAS.

Padahal semua punca dari dia (DAP).

Justeru rakyat, terutama orang Melayu janganlah termakan dengan taktik yang semacam ini.  DAP ni, dia disebalik gerakan “semua salah UMNO”, jadi bila berlaku perubahan semacam ini dengan bekas sekutunya PAS memusuhi parti itu, Bersatu dan selepas ini PKR (PAN dah tentulah), maka PAS cuba dikaitkan dengan BN pulak.

Sedangkan hakikatnya DAP yang sudah sah bekerjasama dengan Mahathir (Bersatu) sampai sanggup mengubah 360 darjah segala apa yang buruk dia pernah cakap mengenai Mahathir selama berpuluh-puluih tahun.  Tak faham kenapa nampak teruk kalau pun PAS nak bekerjasama dengan BN tapi yang Mahathir (Bersatu) bekerjasama dengan dia, tidak jsdi apa!!

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!