Kaya Dari Awal Dengan Kaya Tiba-Tiba, Memang Ada Beza

SEBETULNYA, penulis bukan kali pertama berhadapan dengan orang yang kaya tiba-tiba.  Semasa sebuah Felda di pinggir KLIA mendapat durian runtuh bila tanah mereka dibeli dengan nilai mencecah jutaan ringgit pada pertengahan 90-an, penulis ada bercampur dengan orang-orang ini, boleh tahu perbezaannya.

Kena ingat, waktu itu zaman Mahathir dan kehidupan rakyat majoritinya adalah susah, apatah lagi di Felda yang berkenaan, lagilah.  Nak dapat RM 300 sebulan pun susah, apa sekali sejuta masuk akaun, tak terkujat dibuatnya.  Tak tahu nak buat apa dengan duit tu, ada yang buat lif dalam rumah setinggi 3 tingkat!! Dia nampak mewahnya saja, part bil elektrik yang menyusul beribu-ribu selepas itu, dia lupa.

Dimudahkan cerita, banyaklah bezanya antara kaya tiba-tiba dengan yang kaya dari mula.

Berbeza dengan tanggapan ramai orang, mengurus duit yang banyak sebetulnya bukan senang. Kalau orang yang memang kaya dari mula, dia tahu nak menguruskan macam mana sebab bukan benda baru pada dia.  Dalam kes seorang anak muda PKR yang dikait dengan kekayaan luar biasa sehingga didakwa dibawah Akta Pencegahan Rasuah semalam, nampak jelas dia kaya tiba-tiba, bukan kaya dari mula.

Gayanya, percakapannya, waima deretan kereta yang dia beli pun menunjukkan dia memang kaya tiba-tiba.  Sekejap kata beli rumah pinjam bank, kerja keras dan sebagainya, lepas tu dapat tahu rupanya pinjam Ah  Long, pinjam nenek, mertua dan sebagainya pulak, ini semua tanda orang ini kaya tiba-tiba sampai nak cerita dia kaya macam mana pun, tak tahu bagaimana.

Jadi pada penulis, semua dakwaan yang dikenakan ke atasnya ini hanyalah formaliti saja sebab mengikut undang-undang kena didakwa dulu, tapi satu yang pasti, KENA TETAP KENA.

4 thoughts on “Kaya Dari Awal Dengan Kaya Tiba-Tiba, Memang Ada Beza

  • April 22, 2017 at 15:46
    Permalink

    elok juga kita fahami maksud 2 perkara ini iaitu a)”telah tersedia kekayaan(dimiliki atas faktor keturunan)” & b)”disediakan kekayaan(dimiliki atas faktor kedudukan bapa seorang PM yang menyalah-guna kuasa & pengaruh)”

    a) ialah DS Najib
    b) ialah anak2 mamak kutty mahathir

    Reply
    • April 24, 2017 at 00:12
      Permalink

      lagi satu kau tertinggal :- anak anuwar. Bapak kena penjara bertahun, duit tak pernah habis atau berkurangan utk bayar barisan peguam

      Reply
  • April 22, 2017 at 16:02
    Permalink

    sejak dari mula pendapat aku adalah tepat & benar bahawa adam rosly akan menipu(menggunakan dokumen palsu) untuk membuktikan kekayaan yang dimilikinya datang dari sumber tidak meragukan apabila dipanggil oleh SPRM untuk disoal-siasat

    agaknya kalau tak kena soal-siasat atau terus dibiar bebas, pasti tahun ini punya raya pun dia akan beritahu pada orang ada kereta baru lagi yang akan atau telah dibeli khas untuk buat sambutan raya…kalau mulut sendiri tak kompang & jari tak gatal(menaip dalam laman sosial) pasti bertahun-tahun lamanya baru adam rosly akan berada dalam radar SPRM

    Reply
  • April 24, 2017 at 11:22
    Permalink

    apa nak heran,,,makcik asal pendatang jual buah potong tepi jalan pun boleh kaya tiba tiba…siap dapat jadi YB lagi…..SPRM tak perasan ke…???

    Reply

Leave a Reply