Salahuddin Fikir UMNO Lemah Macam PAN?

Share

Sesedap mulut sesuka hati saja Salahuddin Ayub membuat telahan. Dia mendakwa kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14?

Kononnya telahan itu adalah ‘munasabah’ di pandangan akalnya hanya semata-mata beralasan Hishamuddin merupakan sepupu Najib dan ‘gerun’ pada isu yang membabitkan 1MDB dan MO1? Alasan ‘munasabah’ jenis apa yang logik diakal Salahuddin agaknya?

Pertamanya, soal 1MDB penulis kira semuanya sudah selesai. Siasatan pelbagai agensi pun menegaskan Najib tidak terlibat dan tiada pendakwaan yang wajar dibuat. Malah, 1MDB pun sudah tiada hutang lagi. Jadi di mana ‘munasabah’nya dakwaan Timbalan Presiden PAN itu?

Keduanya tentang MO1. Jika benarlah Najib itu MO1, menyalahi undang-undang dan dikehendaki pihak berkuasa US, maka penulis yakin bahawa jejak saja kaki di New York temporhari, awal-awal lagi beliau sudah ditahan. Peliknya, tiada siapa pun yang tahan! Jadi, di mana logiknya alasan Salahuddin itu?

Paling melucukan, dia fikir jawatan Perdana Menteri itu boleh diwarisi sesuka hati mengikut sedap mulut saja. Dia fikir UMNO seperti PAN? Dia fikir BN seperti Pakatan Harapan? Apakah dia fikir Najib seperti Mat Sabu?Apa dia fikir Najib goyah dan terdesak untuk meletak jawatan?

Apakah Salahuddin ‘buta’ untuk menggunakan melihat menggunakan akal bahawa jawatan Perdana Menteri itu diberikan kepada Presiden UMNO dan hanya UMNO tradisinya yang merupakan parti tunjang BN menentukan siapa Perdana Menteri? Itu konsensus kami.

Jika benar pun Najib mahu serahkan jawatan kepada Hishamuddin atau Datuk Seri Zahid Hamidi pun sekali, apakah dia fikir semudah itu semua ahli UMNO menerimanya? Jika boleh dibuat begitu, sudah lama Mahathir serah jawatan Perdana Menteri pada Mukhriz, Pak Lah pula tidak teragak-agak berikan jawatan itu kepada Khairy!

Salahuddin perlu tahu bahawa UMNO tidak sedangkal atau sebebal PAN. Kami warga UMNO punya prinsip yang jitu dan berpegang teguh pada perjuangan kami. Sehingga kini Najiblah pemimpin yang kami beri mandat dan hingga kini beliaulah Presiden kami.

Mahu laga-lagakan ketiga-tiga pemimpin kami itu? Jangan terlalu yakin ‘racun’ itu akan ditelan. Silap-silap ia akan memakan diri. Jangan fikir kami akan termakan dakyat busuk berbentuk telahan liar tanpa asas untuk memecah belahkan kami. Carilah idea lain yang lebih cerdik…

Najib merupakan Presiden kami dan kedudukan beliau utuh di dalam parti. Jika beliau goyah dan tiada sokongan dari semua peringkat UMNO, pastinya beliau sudah senasib Pak Lah. Tapi hingga kini beliau masih teguh, malah semakin kukuh kedudukan sebagai Presiden UMNO, Pengerusi BN, mahupun Perdana Menteri.

Rakyat kini sudah semakin celik dan bijak menilai. Sekali pandang, mereka sudah nampak permainan bodoh pembangkang. Mereka sudah nampak kerja keras Najib yang memberikan khidmat terbaik yang mengutamakan kebajikan rakyat, membangunkan negara dan dalam masa yang sama memastikan Malaysia terus mempunya hala tuju yang jelas.

Mereka juga semakin sedar tentang pembohongan Pakatan Harapan yang semakin ‘kantoi’ dan sudah muak dengan propaganda di media sosial menyajikan tohmahan serta persepsi palsu yang mempermainkan emosi serta pemikiran mereka. Mereka sudah ‘letih’ mendengar auta pembangkang, jelak!

Justeru itu, tolonglah simpan sedikit sifat kurang cerdik itu sebagai modal untuk berdepan PRU Ke-14 nanti. Jika PAN kalah besar ditangan PAS nanti, sekurang-kurangnya adalah modal untuk dijaja pada ahli sebelum mereka buat ‘u-turn’ beramai-ramai kembali ke parti asal.

Jangan sampai nanti ahli PAN sendiri membuat telahan mendakwa PAN hanya akan tinggal Penasihat, Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan mereka yang ada jawatan utama saja selepas PRU ke-14 nanti. Boleh malu semalu-malunya dibuat nanti, kan? Harap maklum…

One thought on “Salahuddin Fikir UMNO Lemah Macam PAN?

  • April 18, 2017 at 09:42
    Permalink

    Kadang2 hairan melihat telatah geng2 atasan PAN ni. Ikut sedap mulut je beri pandangan tapi tiada analisis. Ikut sedap hati sesaje bila bercakap. Kalau betul2 nak bercakap, cakaplah betkaitan parti sendiri. Lebih2 lagi PAN ni baru lagi. Penyokong PAS patut bersyukur anasir2 PAN ini awal2 keluar PAS. Bikin malu kaum aje.

    Mereka ini memamng suka menimbulkan persepsi dan mengelirukan umat, bukan boleh ditegur..kerja menyaman orang saje. Duit tabung habis agaknya.

    Reply

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!