Mohon Nurul Izzah Tidak Guna Modal Basi..

Share

Sebagai seorang yang dikenali sebagai ‘puteri reformasi’, penulis akur dengan tekanan yang dihadapi Nurul Izzah Anwar dalam mengharungi kehidupan di zaman serba mencabar ini. Bukan mudah menjadi anak sulung melihat bapanya terpenjara dan ibunya melara menahan hiba.

Apatah lagi manusia yang mungkin menjadi individu yang paling dibencinya seumur hidup cuba tunjuk muka ‘suci’, cuba berbaik-baik untuk mendapat laba politik dari kedua ibu bapanya. Penulis yakin tekanan itu bertambah-tambah dijiwa puteri sulung Anwar itu…

Namun begitu, ia bukanlah satu alasan bagi Nurul Izzah untuk mendakwa sesuatu yang dangkal tentang Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Dalam satu kenyataan, dia mendakwa SPR tidak adil dan dimanipulasi kerajaan?

Pertamanya, jika tidak uzur syar’ie, penulis sarankan supaya Nurul Izzah mengambil wudhu terlebih dahulu. Sejukkan hati, rasionalkan diri dan tenangkan fikiran.

Keduanya, cuba fikirkan sebaik mungkin, apakah benar dakwaan terhadap SPR dan Kerajaan itu logik untuk diperkatakan dari bibirnya? Jika SPR tidak adil, apakah dia fikir dia dan ibunya akan bergelar wakil rakyat sekarang?

Jika benarlah SPR tidak adil dan dimanipulasi Kerajaan BN, maka penulis yakin bahawa DAP, PAS, PKR, atau mana-mana parti pembangkang di dalam negara atau negeri ini hanya akan mempunyai dua atau tiga kerusi sahaja bagi setiap parti. Itupun kerana ‘belas ehsan’…

Jika benarlah bagai didakwa Nurul Izzah, apakah PAS akan dibiar memerintah Kelantan berpenggal-penggal, PKR sudah dua penggal di Selangor dan apakah DAP akan dibiarkan terus bermaharajalela di Pulau Pinang? Jangan mimpilah!

Lagipun, prosedur-prosedur di dalam sistem pilihan raya di negara ini sememangnya dikendalikan dengan ketat oleh SPR. Ada pemantaunya yang diiktiraf bebas politik oleh badan antarabangsa. Malah pemantau yang tidak diiktiraf pun ada yang cuba ‘menyibuk’ sama…

Semasa Nurul Izzah bertanding sebagai calon dulu, ada atau tidak dia melantik wakil parti untuk memantau setiap proses pengundian bagi pihaknya atau partinya. Cuba tanya wakil berkenaan, ‘celah’ mana SPR mahu berlaku tidak adil dalam proses undi?

Jika benar Nurul Izzah mengesahkan SPR tidak adil dan enggan mengiktiraf keabsahan proses pilihan raya di negara ini, apakah dia fikir dirinya sah sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai? Jika yakin SPR tidak adil dan enggan mengiktiraf keabsahannnya, sila letak jawatan.

Jadi, tidak perlulah tunjukkan sangat kedangkalan fikiran itu dengan tindakan kurang cerdik mahu mendakwa SPR tidak adil dan dimanipulasi Kerajaan melalui memorandum kepada Komanwel. Khuatir nanti teruk diketawakan negara-negara anggota yang lain.

Sekiranya terlalu terdesak sangat dan menjangka diri tidak mampu menang di Parlimen Lembah Pantai, mintalah jasa baik dari ayah atau ibu supaya berikan kerusi Permatang Pauh kepada Nurul Izzah. Kerusi itu kubu kuat PKR dan puteri sulung Anwar mungkin ‘selamat’ di sana.

Penulis harap, Nurul Izzah dapat bertenang. Jika jiwa masih kacau bilau, banyakkan zikir kepada Allah SWT. Penulis faham memang agak sukar mencari modal yang baik untuk mencetus persepsi negatif terhadap imej Kerajaan BN. Tapi, modal ini sudah basi dan carilah modal lain…

(Visited 19 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!