Mahkamah Dah Putuskan Anwar Meliwat, Mari Ramai-Ramai Hormat Keputusan Itu

Share

KATA Azmin semalam, budak PKR Ampang yang ditahan SPRM kerana kekayaan tak masuk akal pada usia yang sangat muda tanpa ada sejarah keturunan dan perniagaan yang jelas, perlu dibiarkan menghadapi proses keadilan sebelum masyarakat boleh menghukum – lebih kurang itulah maksud dia.

Macam hormat undang-undanglah sangat nampaknya ya.

Yang Zuraidah pula lagi bijak, belum apa-apa dah mintak simpang dari dikaitkan dengan budak itu.  Begitupun siapa bodoh nak percaya Ahli parlimen dan kepala cabang, takde langsung kaitan dengan Ketua AMK?  Lagipun ikut pengalaman dan pengetahuan penulis, jawatan pegawai khas ni bukan payah bersurat-surat bagai.  Boleh appoint dan buang begitu saja.


Apapun mengulas kenyataan Azmin, dia lupa ke bila Datuk Seri Najib dilempar dengan pelbagai dakwaan lesap duitlah, bunuh oranglah dan sebagainya, mana kau punya Mahkamah pergi Azmin?  Yang Anwar dah diputuskan Mahkamah tu sebagai peliwat, apa nak dikatakan pulak?

Senang cakap, puak-puak ni bukan tahu hormat undang-undang mana pun.  Cakap bunyi macam ini, hanya muncul bila keadaan tak menyebelahi puak-puak dia.  Yang kena sekarang ni orang PKR kan, jadi semua cerita pasal hormat undang-undang ni keluarlah, padahal bukan hormat mana pun.

Itu jugalah kesnya bila Rafizi dakwa dedah rasuah kerana Allah, pun sama jugalah.  Bukan sebab dia warak ke alim ke atau ingat Akhirat, sebab politik semata-mata.  Kalau kerana Allah, tak kira Pakatan ke BN, semua dedahlah, ini yang kena BN, dia dedah, yang kena mengena puak dia, bayang pun tak nampak.  Anyway,  nak bagi tahu semua oranglah, dalam sejarah negara ni Rafizi tak pernah dedah satu apa pun kes rasuah di negara ini, dia kena saman lagi pasal tuduh orang seleweng dan rasuah adalah.


Kalau ada, sila tunjuk satu kes rasuah apa yang Rafizi dah dedah sehingga didapati bersalah di Mahkamah?  Kerana Allah kepala  hotak dia

Hipokrit dan politik digabungkan sekali – hipoktik

Leave a Reply