Tak Siapa Berani Dakwa Mendiang Karpal Sokong Kerjasama Dgn Mahathir

 

JIKA sesiapa perasan, ketika puak bekas-bekas PAS yang menubuhkan PAN ini giat menjaja nama Allahyarham Nik Aziz untuk mendapatkan sokongan sehingga menimbulkan kemarahan ahli keluarga arwah, nampaknya, tiada siapa dalam DAP yang berani mendakwa mendiang Karpal Singh akan menyokong tindakan parti itu hari ini bekerjasama dengan Mahathir kalau mendiang masih hidup.

Agak-agak sebab apa?  Sebab mendiang ni orang berprinsip.  Kalau lawan, lawan sampai sudah.  Jika bekas musuh nak buat kawan pun, pastikan dia menjadi jenis kawan yang boleh dikawal dihujung jari.  Disuruh menyalak, menyalak, disuruh mengembu, mengembu – macam Anwar.

Dek kerana percaturan politik yang begitu teliti, tidak ada siapa hari ini nampak Anwar sebagai pejuang melayu.  Malah PKR dianggap parti yang mewakili orang India dalam Pakatan pembangkang – setaraf MIC dalam BN.  Sebab itu DAP pasca Karpal hari ini, memerlukan Mahathir sebab nampak Anwar tak boleh diharap.  Tak serik-serik pulak lagi hingga dipenjara atas sebab yang sama 2 kali.

Walaupun tujuannya (kerjasama) hanya untuk menggunakan Mahathir bagi tujuan memecah belahkan orang Melayu tapi puak-puak ini tahu, dalam apa keadaan sekalipun mendiang tidak akan menyokong kerjasama dengan Mahathir yang begitu giat dijalankan DAP sekarang.

Banyak cara lain boleh dibuat.   Malah setakat ini, tidak ada apa yang berjaya dilakukan Mahathir dalam hal memecah belahkan orang Melayu dan UMNO bagi pihak DAP.  Paling tidak, dia buat parti syok sendiri dan lantik anak sebagai Timbalan, kemudian berlagak macam itulah satu kejayaan.

Orang PAN patut malu kerana kaedah mereka menjaja nama Nik Aziz untuk kepentingan politik, ternyata kaedah orang tidak ada maruah.  Elok pulak lagi DAP sekalipun 99% penyokong mereka bukan beragama Islam.

Leave a Reply