Dari Tidak Dihargai Di Zaman Mahathir, Kepada Nasionalis Di Zaman Najib

HAMPIR 20 tahun yang lalu, penulis tak pernah menyangka apa yang pada mulanya dianggap sebagai hobi menulis mempertahankan kerajaan BN/UMNO di Internet (kini dipanggil media sosial), rupanya adalah satu perjuangan yang akhirnya diakui setaraf dengan perjuangan para nasionalis zaman dahulu – oleh Perdana Menteri Malaysia, bukan peliwat dalam penjara.

Di saat anak muda pada ketika itu lebih senang masuk cybercafé untuk main permainan seperti Warcraft atau muat turun lagu dari Internet secara haram dan sebagainya, penulis dan mereka yang seangkatan, menggunakan sumber dan masa sendiri untuk mempertahankan kerajaan UMNO/BN yang dihambat dengan kerancakan reformasi Anwar melalui aplikasi seperti IRC.

Pada waktu itu, ketika Mahathir masih Perdana Menteri dan Presiden UMNO, orang seperti kami ini tidak pernah ‘diingatkan’, asyik dilupakan dan seringkali diketepikan, macam sampahlah senang cakap – sedangkan pembangkang sedang sibuk mengutip peluang, meneroka bidang yang Mahathir terlepas pandang.

Orang kata Mahathir ada visi, tapi visi yang ada beri keuntungan kepadanya saja. Visi bahawa satu ketika nanti media sosial akan menyaingi peranan media arus perdana, tak pernah terlintas di kepalanya.

Mungkin sebab takde untung wang ringgit kepada anak beranak dan kroni agaknya.  Cuba ada, mungkin hari ini kita akan melihat perjanjian konsesi menulis di media sosial selama berpuluh tahun dengan nilai berbilion ringgit, dianugerah kepada kroninya – siapa tahu?

Justeru, pengiktirafan ini memberi perspektif baru kepada perjuangan mempertahankan kerajaan, UMNO dan BN di media sosial ini.  Perjuangan kini seiring dengan peredaran zaman, medan perang pun dah berlainan.  Terima kasihlah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana memberikan pengiktirafan itu.

Anyway, padanlah 2 ke tiga hari ni nampak muka Mahathir macam muka komunis, rupanya dah nak jadi nasionalis.

One thought on “Dari Tidak Dihargai Di Zaman Mahathir, Kepada Nasionalis Di Zaman Najib

  • April 16, 2017 at 07:52
    Permalink

    hahaha..setuju dgn penulis, jika kerja mempertahankan UMNO ini dulu ada keuntungan mmg madey akan sub kan pada anak berak dan kroni…berbillion

    Reply

Leave a Reply