Demi Bantah RUU 355, Rafizi Sanggup “Pakai” Cakap Bekas Pegawai SPRM

BUKAN lagi rahsia bahawa segala tindak tanduk ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli Bekas membuat sidang media serta Akuan Bersumpah menyerang parti PAS semata-mata untuk mengikut telunjuk parti DAP yang mengetuai Pakatan Harapan.

Sejak pertelingkahan antara DAP dan PAS mengenai hala tuju hudud, Pakatan Harapan menyerang parti PAS tanpa henti. Tambahan pula, mereka rasa amat tertekan dengan ura-ura akan wujud kerjasama diantara PAS dan UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke 14(PRU14) kelak.

Malah pembentangan usul persendirian Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini telah cuba dihalang oleh pemimpin Pakatan Harapan.

Seluruh rakyat dapat menyaksikan betapa bersungguhnya pemimpin DAP mengganggunya bermula dari tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, cuba melengahkan masa dengan mempersoalkan tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, menolak usul persendiriannya mengenai Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

Ini diikuti tindakan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, mempersoalkan kewajaran RUU 355 diteruskan setelah Pandikar menerima writ pemula Tawfik Tun Dr Ismail bagi menghalangnya, tetapi Pandikar merujuk kepada amalan dan prosedur Parlimen di India, di mana peraturan subjudis tidak boleh menghalang Parlimen dari membuat undang-undang.

Kini Rafizi meneruskan usaha DAP untuk menyerang PAS dengan mendakwa bahawa pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah sumber yang memberi maklumat kepada beliau berkenaan seorang bekas pemimpin kanan PAS menerima dana daripada anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Tindakan Rafizi tersebut dilihat sebagai langkah terdesak serampang dua mata untuk menyerang PAS dan terus mengaitkan 1Malaysia Development Berhad(1MDB) dalam cubaan untuk mengaburi mata rakyat dengan fitnah yang berterusan.

Kebenaran tidak pernah menjadi keutamaan Pakatan Harapan yang diketuai DAP. Mereka hanya mahu memusnahkan segala-galanya sekadar untuk memuaskan hati mereka semata-mata. Kepentingan dan kebajikan rakyat juga amat jauh dari  keutamaan mereka.

Oleh itu segala putar belit Rafizi perlu dilihat dari sudut pandangan sebenar bukannya melalui plot jahat yang sedang disusun oleh Pakatan Harapan yang dipimpin oleh DAP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *