Nama Mahfuz Tular Lagi…

Sehari dua ini nama Datuk Mahfuz Omar cukup popular menjadi sebutan ramai, khususnya di Kedah. Gara-gara ahli parlimen itu menyerbu masuk Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah tanpa diundang, dia mendapat publisiti dan menjadi perhatian.

Sebelum ini namanya bukan tidak pernah gah. Pernah sekali dia popular kerana aksi menghubungi’ Sirul Azhar menerusi panggilan telefon ke pusat tahanan d Australia, ramai juga yang bercakap tentang ‘lakonan’ Mahfuz.

Kemudian, namanya menjadi sebutan di kalangan pemimpin dan ahli PAS. Bukan kerana dia berjaya membuat Lim Kit Siang atau Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai PAS, tapi kerana dia sering menghentam kepimpinan partinya sendiri dan bersekongkol rapat dengan DAP dan PAN.

Jika diteliti pada publisiti-publisiti yang penulis nyatakan di atas itu, penulis melihat ia hanya melibatkan publisiti negatif sahaja. Lebih ramai yang mengecam beliau berbanding memuji. Dan seperti biasa, Mahfuz tidak peduli semua itu. Mungkin juga kerana ‘kulit mukanya tebal’ barangkali?

Apa yang berlaku di Dun Kedah baru-baru ini sememangnya tidak disenangi ramai pihak. Sekiranya penulis merupakan pemimpin PAS yang menganggotai Dun Kedah, sudah semestinya penulis malu dengan telatah biadap dan kurang ajar Mahfuz.

Dia merupakan Ahli Parlimen, tapi menyibuk di Sidang Dun. Apakah dia terlalu ‘bengap’ untuk membezakan antara Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri? Sudah terlalu kemaruk sangat mahu jadi Menteri Besar Kedah agaknya?

Jika terlalu kemaruk, nanti bertandinglah di peringkat Dun. Untung-untung menang, mungkin akan dilantik jadi Menteri Besar. Lagipun khabarnya anak bekas Perdana Menteri itu lebih berminat mahu menjadi Perdana Menteri berbanding Menteri Besar. Adalah peluang Mahfuz, bukan?

Cuma penulis pelik dengan tindakan menyibuk Mahfuz ini. Dia membawa isu penduduk kampung yang terletak di dalam Dun Bukit Pinang. Dun tersebut diwakili oleh wakil rakyat PAS, Romaini Wan Salin. Dia Adun PAS, bukan Adun BN, DAP, PKR, PAN mahupun ‘cap bunga’.

Jadi, kenapa perlu Mahfuz menyibuk tentang tugas Romaini? Apakah Mahfuz menganggap Romaini tidak tahu buat kerja selaku wakil rakyat Bukit Pinang? Berdendam sangat kepada PAS Kawasan Pokok Sena yang ‘menghalaunya’ keluar parti sebelum ini?

Atau sebenarnya Mahfuz sedang ‘test power’? Mentang-mentanglah Romaini tidaklah sepopular dan tular seperti dirinya, Mahfuz bercita-cita mahu bertanding di Dun Bukit Pinang pada PRU ke-14 nanti? Mahu bertanding atas tiket parti mana? Boleh beritahu?

Pada hemat penulis, memang benar Mahfuz tidak wajar berlaku biadap terhadap Dewan Undangan Negeri yang bernaung di bawah Sultan Kedah itu. Malah dia juga berlaku kurang ajar pada Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Padanlah dia tidak dilayan Ahmad Bashah. Datang tidak kena dengan adab dan tatasusila. Bila tidak dilayan, dia memekik-mekik pula menghentam Menteri Besar itu. Dia tidak cermin pula pada tindakan yang tidak beretika itu?

Malah dia lebih biadap lagi pada Romaini. Tindakan Mahfuz itu membayangkan seolah-olah Romaini tidak wujud, tidak tahu buat kerja dan langsung tidak layak untuk mewakili rakyat Bukit Pinang. Padanlah khabarnya orang PAS Pokok Sena tidak suka padanya, kan?

Justeru itu, penulis menyarankan supaya Mahfuz bermuhasabah diri. Minta maaf pada Menteri Besar, Adun Bukit Pinang dan seluruh Anggota Dun Kedah, termasuk Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Jika masuk ‘rumah orang’, berilah salam dan minta izin untuk masuk. Faham, Mahfuz?

2 thoughts on “Nama Mahfuz Tular Lagi…

  • April 12, 2017 at 10:43
    Permalink

    kampung betul Mahfuz ni..profesional la sikit.

    Reply
  • April 12, 2017 at 13:20
    Permalink

    sependapat dengan penulis macam ada kebenaran mahfuz teringin nak bertanding kerusi DUN Kedah di Bukit Pinang pada PRU14 nanti, mungkin kebenaran ini disebabkan dia mendapat tahu PAS tidak akan meletakan dirinya lagi menjadi calon untuk bertanding kerusi parlimen Pokok Sena

    kalau mahfuz nak bertanding kerusi DUN Bukit Pinang itu guna tiket PAS, harap si romaini itu tahu cakap omputeh kata pada mahfuz ‘kiss my ass first’…kalau mahfuz nak bertanding guna PANtat yang sudah tentu akan menyebabkan pertandingan 3 penjuru, tentulah si romaini tak perlu kata pada mahfuz kena cium pantat aku dulu sebaliknya dia kena kata mahfuz & PAN bersekongkol/bersubahat dengan UMNO untuk menjejaskan peluang kemenangan kepada calon pembangkang seperti PAS kerana pakatan harapan iaitu pan, pkr, dap & ppbm suka beri paku buah keras pada PAS dengan dakwaan kononnya PAS bersekongkol & bersubahat dengan UMNO untuk menjejaskan peluang kemenangan jika nantinya berlaku pertandingan 3 penjuru antara calon PAS dengan calon dari salah satu parti dalam pakatan harapan…PAS harus tahu pulang paku buah keras!

    Reply

Leave a Reply