Najib Tidak Perlu Bawa Hisham Ke JPM Jika Mahu Singkirkan Zahid Hamidi

Share

Keputusan membawa Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien ke Jabatan Perdana Menteri sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas tidak mungkin sebagai “gerakan” untuk menggugurkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak tidak memerlukan Hishamuddin di Jabatan Perdana Menteri jika beliau mahu menyingkirkan Ahmad Zahid Hamidi. Cukup dengan menghadap Yang Di Pertuan Agong memohon perkenan merombak kabinet.

Ini telah beliau lakukan ketika menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dua tahun lalu. Ketika itu Muhyiddin merupakan Timbalan Presiden UMNO yang secara konvensyennya berhak memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Berdasarkan pengalaman tersebut, Mohd Najib tidak memerlukan gerakan seperti ini untuk menyingkirkan timbalan beliau atau mana-mana Menteri.

Justeru perlantikan Hisham lebih kepada sama ada strategi pentadbiran menjelang Pilihan Raya Umum akan datang atau ingatan kepada beberapa pemimpin muda UMNO yang sedang memasang jalan untuk mencabar Hishammudin dalam pemilihan parti yang akan datang.

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!