DAP Kerjasama Amerika: Apa Yg Hadi Tahu Kita Tak Tahu?

Share

DAP hanya ada satu jalan saja untuk menangkis dakwaan Presiden PAS, Datuk Sri Hadi Awang semalam bahawa parti peneraju Pakatan itu pernah berunding dengan negara luar seperti Amerika berhubung isu politik dalam negara, iaitu dengan mengambil tindakan undang-undang seperti saman.

Anyway, apa yang Hadi cakap semalam sebetulnya hanya menambah kepada beberapa lagi dakwaan berkaitan perkara sama terhadap DAP sebelum ini yang tidak pernah dijawab parti tersebut atau diambil tindakan undang-undang ke atasnya.

Seperti dakwaan bekas pegawai khas Guan Eng, Mohamad Razali bahawa DAP berjanji untuk membuka pengkalan tentera Israel di negara ini jika Pakatan yang diterajuinya berjaya memerintah Malaysia selepas PRU13 sebagai ganti berbilion dana politik untuk kegunaan parti tersebut.

Itu pun sampai sekarang DAP tak berani saman Razali, dah keluar pulak dakwaan baru oleh Hadi.

Apa pun nak sebut, dakwaan Hadi ini bukan cerita baru, cuma sebagai bekas rakan sepakatan dalam beberapa perikatan (Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat), apa agaknya yang Hadi tahu tapi kita tidak tahu tentang DAP bekerjasama dengan pihak luar untuk masuk campur dalam urusan negara kita?

Padanlah Kit Siang berusaha sungguh-sungguh menunjukkan dia seorang yang patriotik, rupanya ada benda yang Hadi tahu tapi kita tidak tahu.

Leave a Reply