RUU355: Biseksual Pun Sokong, Apa Pendirian Mahathir & DAP Selepas Ini?

Share

ANWAR dalam satu kenyataan semalam dilihat menyokong RUU355 dan hak Hadi Awang untuk membentangkan usul tersebut – kenyataan ini hadir disebalik bantahan secara agresif oleh beberapa Ahli Parlimen PKR sendiri, PAN dan terutamanya DAP semasa usul itu dibentangkan minggu lepas.

Malah ada pula kenyataan kemudian menyusul dari pimpinan tertinggi PKR sendiri yang menyebut pendirian Anwar itu adalah pendirian rasmi PKR dan sesiapa yang mempunyai pendirian lain daripada ini, tidak mewakili PKR.  Wah, keras!!

Walaupun ramai percaya pendirian Anwar ini adalah semata-mata untuk membeli hati PAS, selain tanda tanya kenapa pendirian ini baru dibuat sekarang (bukan sebelum pembentangan), persoalannya sekarang apa selepas ini?

Adakah akan berlaku perubahan 360 darjah di kalangan kepimpinan parti komponen Pakatan Harapan yang menentang keras rang undang-undang tersebut seperti DAP dan Mahathir selepas ini atau pendirian masing-masing masih sama – pedulilah apa Anwar nak kata?

Sebetulnya penulis tidak terkejut kalau Mahathir buat pusingan U, dia adalah Raja U-Turn (sendiri mengaku).  Tua kutuk ini ada sahaja alasan kenapa menyokong RUU355 dulu dan kenapa menentangnya pula sekarang.

Penulis sebenarnya lebih berminat dengan DAP, PAN dan beberapa Ahli Parlimen PKR yang turut sama menentang RUU355 semasa ia mula dibentang Khamis minggu lepas.  Sudah tentu menarik melihat puak-puak ini menukar lidah, terutama sekali DAP.  Banyak buruk dah dicakapkan DAP tentang RUU355 ini, takkan semalaman dia akan tukar pendirian hanya kerana Anwar?  Bukan Anwar tu ada di luar pun, dia dalam penjara!!

Tapi kalau tetap DAP kekal dengan pendirian sekarang, nampak sangatlah Pakatan ada masalah yang lebih besar dan bakal mewujudkan keadaan tidak stabil dalam negara kalau menang dalam PRU14 yang akan datang.

Bahagian ini rakyat kena fikirkan.  Sudahlah liat nak menamakan bakal Perdana Menteri, cakap yang nampak hampir untuk mejawat jawatan itupun tidak didengar, nak jadi apa sudahnya nanti?

RUU355: Jangan Pernah Dilupakan Peristiwa Semalam Yang Membuktikan Siapa Lim Kit Siang Dan DAP!

 

Pemuda PAS harap RUU355 dibentang pada sidang akan datang

RUU355: Kalau MP PH Pro Mahathir Tak Buat Kacau, Perbahasan Dah Boleh Mula Semalam

Leave a Reply