Mustahil Guan Eng Mahu Mengaku Balas Dendam Pada Shabudin

KITA semua tahu bahawa adalah mustahil untuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengakui bahawa beliau memang mahu membalas dendam terhadap Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya. Menurut sumber, Shabudin merupakan individu yang bertanggungjawab membongkar skandal rasuah banglo Lim Guan Eng yang boleh membawa hukuman penjara terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut.

Masihkah anda ingat kes kerajaan DAP Pulau Pinang memecat seramai 300 ahli Pas yang memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) negeri. DAP menegaskan mereka tidak memerlukan khidmat ahli Pas yang tidak menyokong mereka di negeri tersebut. Dengan kata lain, DAP sememangnya parti yang menyimpan dendam dan bertindak apabila sahaja mereka mendapat peluang untuk berbuat demikian.

DAP juga memecat dua ahli majlis kerajaan tempatan daripada PAS yang belum meletakkan jawatan ekoran krisis yang melanda kedua parti itu. Mereka ialah Yacoob Omar daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Omar Hassan daripada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Malah dua wakil rakyat PKR yang berkecuali daripada mengundi menentang usul Umno untuk menghentikan semua projek penambakan di Pulau Pinang sewaktu sidang Dewan Undangan Negeri November lalu, telah ditamatkan perkhidmatan mereka sebagai pengarah dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).

Mereka adalah ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen, telah ditamatkan khidmatnya sebagai pengarah Penang Invest dan Island Golf Properties Bhd, sebuah anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.
ADUN Kebun Bunga, Cheah Kah Peng ditamatkan khidmatnya sebagai pengarah di Perbadanan Bukit Bendera.

Berdasarkan kepada corak pentadbiran DAP maka sudah tentu kita dapat membuat kesimpulan bahawa Lim Guan Eng merupakan seorang pendendam. Namun tidak mungkin kita akan dapat melihat Lim Guan Eng mengakui perkara tersebut.

Kini Umno Pulau Pinang pula memutuskan untuk mengemukakan usul bagi menuntut peletakan jawatan Lim atas dua kes rasuah melibatkannya yang kini menunggu perbicaraan di Mahkamah Tinggi. Guan Eng, yang juga setiausaha agung DAP didakwa atas tuduhan rasuah. Beliau didakwa menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam untuk kepentingan dirinya dan isteri, Betty Chew dengan meluluskan permohonan Magnificent Emblem Sdn Bhd untuk menukar tanah pertanian kepada tujuan kediaman pada mesyuarat Exco bertarikh 18 Julai 2014. Seksyen 23 membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda 5 kali nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi. Guan Eng juga didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Dalam pertuduhan itu, beliau didakwa menggunakan kedudukannya untuk memperoleh kepentingan menerusi pembelian sebuah banglo daripada Li Khoon pada harga RM2.8 juta, iaitu bawah daripada harga pasaran RM4.7 juta pada 28 Julai 2015. Jika sabit kesalahan, Guan Eng boleh dipenjarakan maksimum 2 tahun, denda dan rampasan hartanah.

Sebenarnya rakyat Malaysia tertanya-tanya mengapa sehingga kini, Lim Guan Eng masih belum meletakan jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang memandangkan kesalahan beliau berdasarkan kepada bukti-bukti yang amat kukuh. Adakah beliau akan menuruti jejak bapanya mahu berkuasa lebih daripada 51 tahun tanpa mempedulikan kehendak rakyat Pulau Pinang yang mahukan beliau mengundurkan dari dari pentadbiran negeri Pulau Mutiara tersebut?

Berapa ramai lagi yang perlu menjadi “korban” atas kerakusan keluarga Lim itu? Majoriti rakyat Malaysia mahu agar harta Guan Eng turut dibekukan serta merta apabila beliau didapati bersalah kelak.

One thought on “Mustahil Guan Eng Mahu Mengaku Balas Dendam Pada Shabudin

  • April 10, 2017 at 22:58
    Permalink

    [email protected] tahap tertinggi mengalahkan gunung everest pembangkangi ini, musibat anak haram guan eng yang sepatutnya mereka desak suruh letak jawatan sejak dari dulu sejurus selepas musibat anak haram itu didakwa di mahkmah kerana salah guna kuasa & rasuah tapi boleh pula anak2 sundal dari pembangkang ini termasuk yang beragama Islam seperti mahfuz omar sibuk suruh presiden partinya sendiri letak jawatan hanya kerana disebabkan dia merasakan TGHA terlibat dengan permainan politik UMNO berhubung pembentangan nak memperkasa RUU 355

    gila betul pembangkang ini, entah apa salahnya & entah apa kotornya bentang RUU355 sampai pembangkang desak suruh TGHA letak jawatan(yang bermaksud TGHA tidak layak menjadi presiden PAS) sedangkan guan eng yang salah & kotor boleh pula mereka terus diam seribu bahasa tidak mendesak musibat anak haram itu letak jawatan KM(P. Pinang)

    Reply

Leave a Reply