Kalau ‘Dia’ PM, RUU 355 Akan Berjaya Dibentang?

Share

Semalam menjadi sejarah bagi sebahagian besar umat Islam di negara ini. Buat pertama kalinya, PAS berjaya membentang usul berkenaan pindaan Akta 355 berkaitan undang-undang syariah di Dewan Negara. Ramai yang teruja sebenarnya.

Langsung tidak disebut hudud, malah dinafikan pindaan Akta itu berkaitan hudud. Maklumlah, ada pihak di negara ini yang begitu takut mendengar istilah itu. Maka mereka mendakwa ia merupakan langkah awal ke arah melaksanakan hudud di negara ini. Mungkin jika hudud sebenar dibentang di Dewan Negara, boleh mati puak-puak prejudis berkenaan.

Penulis boleh faham mengapa golongan bukan beragama Islam memandang serong terhadap usul pindaan Akta 355. Mungkin mereka tidak mendapat pendedahan dan tiada pengetahuan yang sebenar di sebalik niat meminda Akta tersebut.


Namun malang, mereka yang beragama Islam juga ada yang memperlekeh dan cuba mempolitikkan penambahbaikan undang-undang syariah di negara ini. Mungkin kerana fahaman mereka yang terlalu mementingkan politik hingga hilang rasional untuk kepentingan agama dan umat Islam.

Walau bagaimanapun, ada pula pihak yang tidak senang duduk apabila menyaksikan UMNO dan PAS bagai ‘sekepala’ dalam hal pindaan Akta 355 ini. Melihat UMNO membuka ruang pada PAS terhadap usul pindaan akta itu membuat mereka gelisah, mencari jalan untuk melaga-lagakan UMNO dan PAS.

Rasanya mereka terlalu paranoid, takut pada bayang-bayang sendiri. Usah gundah, memangnya PAS dan UMNO tidak sependapat tentang politik sehingga kini. Namun sedarlah bahawa UMNO dan PAS lebih mementingkan Islam berbanding politik!


PAS kini sudah berubah, tidak lagi seperti di zaman di mana Mat Sabu dan rakan-rakannya berada di dalam parti itu. Sejak dia konco-konconya keluar, PAS makin aman dan teguh diterajui golongan ulama. Cuma adalah saki bakinya di Pokok Sena sana…

Penulis masih ingat bagaimana dulu ramai orang Melayu yang mencebik bibir pada PAS. Jika orang UMNO, mungkin tidak hairan kerana mencebik kerana fahaman politik yang berbeza. Tapi lebih ramai lagi Melayu atas pagar yang mencebik PAS.

Kerana apa? Kerana gaya dan corak pembawakan politik Mat Sabu dan konco-konconyalah! Yang terbit dari mulut mereka hanyalah maki hamun dan carut-carutan. Di selang-seli dengan lawak bodoh, mereka cerca UMNO dan timbulkan kebencian. Islam apa begitu?


Begitu juga dengan UMNO. Kepimpinan ‘purba’ yang kini menjadi ‘cap bunga’ telah keluar membawa anasir-anasir ‘kepala masam’ di bahagian-bahagian. Mereka inilah dulu yang menggunakan pendekatan keras, pilih ‘bulu’, cantas-mencantas, politik wang, kronisme, nepotisme dan sebagainya.

Mereka bagaikan ‘semua betul’, dan orang lain ‘semuanya salah’. Siapa yang tidak setuju dengan mereka, maka mereka akan hentam dan ‘cantas’ habis-habisan. Kononnya mengutamakan Islam, tapi orang bawa draf hudud sampai tiga kali ditolaknya mentah-mentah tanpa pendekatan berhemah dan tanggungjawab sebagai muslim yang berjiwa besar.

Mereka inilah yang ‘mengotorkan’ UMNO dulu hingga teruk dihentam puak pembangkang yang kini menjadi ‘teman sekatil’ mereka. Namun kerana menguasai politik, wang, perasaan ‘takut dan risau’, pengaruh dan setia dari akar umbi, kita semua pertahan ‘dia’ habis-habisan.

Dan kini, UMNO dan PAS hampir ‘bersih’ dari gejala-gejala tidak sihat itu. ‘Virus-virus’ yang membarah telah dibuang dan tersingkir hampir sepenuhnya. Mungkin kerana itu usul pindaan Akta 355 berjaya dibentang di Dewan Rakyat. Boleh pula duduk sepentas membela etnik Rohingya di ibu negara.

Mungkin kerana itulah membuat mereka ‘berpeluh’ mencari jalan memisahkan UMNO dan PAS. Buruk betul perangai mereka. Mencari isu mencetus persepsi di mata rakyat, mereka fikir Allah redha dengan corak politik sedemikian?

Cuba bayangkan, di zaman dia dulu jangankan hendak dibentang di Dewan Rakyat, draf pun tak lepas! Dan apakah jika puak itu menjadi Perdana Menteri dan kerajaan maka usul pindaan Akta 355 itu akan ‘lepas’ untuk diperdengarkan di Dewan Rakyat? Jangan mimpilah!

UMNO dan PAS memang berbeza dan bertentangan dari satu titik, iaitu politik. Namun jelas, UMNO dan PAS memang kini senada dalam memperjuang kepentingan Islam dan Bangsa Melayu di negara ini. Itulah yang mereka takutkan jika diketahui rakyat.

Usah risau. Penulis yakin UMNO dan PAS akan bertanding antara satu sama lain pada PRU ke-14 nanti. Cuma, jangan marah jika parti ‘cap bunga’ layu dan ‘mati’ lebih awal nanti. PAN pula jangan terkejut jika kalah teruk.

Orang Cina akan menyokong Pakatan Harapan? Kita tengoklah nanti. Jangan terkejut jika kali ini berlaku ‘tsunami’ terhadap Pakatan Harapan pula. Khabarnya ramai yang sudah berpaling menyokong BN semula. Tidak mustahil nanti DAP pun boleh gulung tikar bukan? Allah Maha Berkuasa dan Dialah yang menentukan segalanya…

One thought on “Kalau ‘Dia’ PM, RUU 355 Akan Berjaya Dibentang?

  • April 7, 2017 at 11:26
    Permalink

    Transformasi yang dilakukan oleh Najib lebih hebat dari laungan reformasi Anwar Ibrahim

    Reply

Leave a Reply