Lebih Mahal Dari Banglo Guan Eng, Harga Yang Terpaksa Dibayar Oleh YB Tasek Gelugor

Share

Secara jujur, nama YB Shabuddin Yahaya, Ahli Parlimen Tasek Gelugor sebelum ini kurang dikenali, tiba-tiba menjadi bahan cacian netizen, hanya kerana laporan sebuah pengamal media terkemuka yang gagal menafsirkan kata-kata beliau sewaktu berbahas di parlimen.

Sungguhpun adanya video bahas, disamping hansard parlimen malah kenyataan penuh oleh beliau sendiri, kita dapat melihat bagaimana usaha pihak-pihak tertentu cuba memanjangkan isu tersebut dengan pelbagai tajuk dan perbincangan yang titik permulaannya berdasarkan laporan berita yang tidak tepat.

Persis “snowball effect”, perkara tersebut dilihat cuba untuk terus dimanipulasi bagi memburukkan lagi keadaan. Mungkin ada yang beranggapan ia sensasi berita, agar boleh jual. Jika begitu, di mana prinsip “discipline of truth” yang sering didendangkan oleh para pengamal media?

Netizen yang pro DAP terutamanya, dilihat sangat aktif menghamburkan komen negatif, selain cacian dan makian berselang ke arah tubuh badan Tasek Gelugor. Kebencian yang dipamerkan seolah-olah ada perhitungan peribadi di antara mereka dengan mantan hakim mahkamah syariah itu.

Senario ini membawa kepada persoalan, mengapa sampai sebegitu sekali? Apa yang berselindung di sebaliknya?

Rupa-rupanya beliau adalah individu yang bertanggungjawab mendedahkan skandal banglo mewah “tanpa kolam renang” di Pulau Pinang. Bukan sekadar mendedahkan, Tasek Gelugor terus menjuarai isu tersebut sebagai “tekong”, di mana siri pendedahannya telah menggemparkan kekuasaan Dinasti Lim yang sering berbangga dengan mengaku sebagai “competency, accountability and transparency. Hasilnya, SPRM terpanggil untuk melambai Lim Guan Eng “dengan penuh kasih sayang”. Kita masih ingat, bagaimana deretan pimpinan DAP terpaksa “berkungfu” untuk menepis skandal pembelian rumah banglo itu.

Skandal tersebut telah menyebabkan politik dalaman DAP terus bergolak, membuatkan Lim Kit Siang tidak senang duduk, sehinggalah membawa kepada peristiwa keluarnya ahli-ahli DAP baru-baru ini.

Maka, tidak hairanlah kenapa kita dapat merasakan, seolah-olah ada pihak yang bersungguh-sungguh untuk menggunakan kesempatan yang ada dengan serangan-serangan bertali arus ke atas Tasek Gelugor. Benarlah kata Sun Tzu “Jika mahu membunuh musuh, askar perlu dibangkitkan kemarahannya”.

Dan serangan yang sedang dihadapi oleh Shabuddin digandakan dengan api kemarahan, berikutan pendedahannya ke atas skandal banglo Lim Guan Eng! Ada yang berkata kini Shabuddin terpaksa membayar dengan harga yang mahal berikutan pendedahannya sebelum ini. Namun harga untuk sebuah kesabaran dan istiqamah di dalam perjuangan adalah tidak ternilai. Teruskan berjuang, YB!

(Visited 21 times, 1 visits today)

One thought on “Lebih Mahal Dari Banglo Guan Eng, Harga Yang Terpaksa Dibayar Oleh YB Tasek Gelugor

  • April 6, 2017 at 14:29
    Permalink

    setuju sangat dengan pendapat penulis, akhbar kafir laknat pro rejim penuh rasuah dap ‘the star’ ibarat membalas dendam pada ahli parlimen tasek gelugor kerana pernah menelanjangkan guan eng terlibat dengan rasuah & salah guna kuasa

    the star harus tahu karma buruk akan tetap kena pada mereka satu hari nanti…sekali lagi orang Islam melihat perbuatan the star sengaja membuat laporan tidak lengkap, memperlekeh & memutar belit kenyataan yang dibuat ahli parlimen tasek gelugor sebagai bertujuan mengundang orang kafir supaya dapat ambil peluang menghina Islam lagi

    Reply

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!