Terowong Bawah Laut: Kajian Tu Ada Ke Tidak Sebenarnya?

Share

KELIATAN kerajaan DAP Pulau Pinang menyerahkan laporan hasil kajian mengenai pembinaan terowong dasar laut yang dicadangkan sebelum PRU13 (sekarang dah nak masuk PRU14, apa benda pun tak nampak lagi) kepada Kementerian Kerja Raya, menimbulkan persoalan di kalangan rakyat – kajian tu ada ke tidak?

Sedangkan kita difahamkan sebanyak RM 135 juta dah dibayar kepada konsultan yang berkenaan tapi masih tak siap-siap lagi.  Ini yang pelik, dia buat kajian apa yang lama dan mahal sangat tu?  Bahagian RM 1.4 juta untuk buat jalan masuk dan segala kerja penyelenggaraan lain ke rumah Speaker Dewan Rakyat, pandai pulak Pakatan bisingkan, yang hal RM 135 juta untuk laporan dan kerja-kerja berkaitan ni, buat diam saja pulak.

Kurang-kurang kerja penyelenggaraan rumah Speaker tu nampak, yang laporan ni ada siapa dah tengok ke?  Kita dengar sajalah macam ada tapi mana bendanya?

RM 135 juta dalam konteks kerajaan persekutuan, kacanglah tapi dalam konteks sebuah kerajaan negeri macam Pulau Pinang, ini kira besar.  Sedangkan dalam masa yang sama ada masalah yang lebih mendesak berlaku di negeri tersebu seperti banjir contohnya yang sering berlaku di negeri itu .  Anehnya, masalah dalam tangan pun tak selesai tapi keutamaan dan wang yang banyak disalurkan kepada projek yang sehingga kini tidak menampakkan apa-apa hasil, apa cerita ni?

Justeru, atas nama ketelusan dan keterbukaan, mintak DAP Pulau Pinang tunjukkanlah kajian yang setakat 87% serta bernilai ratusan juta ringgit itu untuk dilihat oleh rakyat.  Yang bukan rakyat Pulau Pinang pun berminat sebab DAP gebang nak jadi kerajaan persekutuan, inilah masa nak menilai setakat mana layak tak layaknya.

Paling tidak, dapat juga kita tengok tebal mana laporan yang bernilai tinggi tu.  Siapakah mereka yang terlibat disebalik penyiapannya, apa benda yang digunakan untuk membuat kajian ni sampai mahal sangat?  Kot guna kapal selam ke, satelit ke atau dia guna kenderaan khas untuk gerudi masuk sampai ke bawah ke macam mana, semua perlu dijelaskan – sementara Guan Eng masih bebas ni.

Dah masuk ke dalam kang susah pulak, masing-masing tahu nak lepas tengkuk masing-masing saja nanti.

Image result for vehicle drill underground

One thought on “Terowong Bawah Laut: Kajian Tu Ada Ke Tidak Sebenarnya?

  • April 6, 2017 at 00:57
    Permalink

    musibat anak haram guan eng sahaja yang membuat kenyataan bahawa kononnya laporan feasibility study tentang terowong itu telah 87% siap tapi syarikat yang telah dibayar RM135 juta untuk membuat feasibility study itu kenapa diam seribu bahasa tidak menyokong serta mengiyakan kenyataan guan eng?

    agaknya diam lebih baik, kalau bersuara nanti rakyat akan lihat sebagai bertambah terang-terangan bersekongkol dengan guan eng yang tidak habis2 menipu(kata ada buat feasibility study tapi sebenarnya satu harampun tak buat, yilek!)

    Reply

Leave a Reply