KOMEDI LANCANG TERHADAP PM: Najip Ali Digugurkan Juri MLM 2017, MediaCorp Singapura Pohon Maaf

Akhbar Tabloid terkemuka negara, Harian Metro mendakwa pihak Astro telah menamatkan tugas Najip Ali sebagai juri tetap program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017 mulai minggu ini.

Menurut Harian Metro, tempat Najip bakal digantikan dengan seorang lagi bekas pengkritik program realiti lawak popular itu.

Sebelum ini pengacara berasal dari Singapura tersebut dikecam oleh rakyat Malaysia kerana terbabit dalam rancangan lawak menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang diterbitkan oleh MediaCorp Singapura.

Dalam program berjudul OK Choppe terbitan Mediacorp 5 itu, Najip dan beberapa selebriti dari Singapura dikatakan tidak sensitif dengan budaya dan sensitiviti masyarakat majmuk di Malaysia apabila sengaja menjadikan Perdana Menteri sebagai bahan jenaka.

Dalam program itu, artis terbabit diminta melengkapkan tajuk berita berkaitan Najib yang dikurangkan dua perkataan iaitu “Najib slams… for threatening Malaysia progress” dan perkataan yang tertinggal itu adalah `fake news‘.

Artis terbabit kemudian menyambung ayat itu dengan kata-kata yang menghina dan merendah-rendahkan pemimpin negara.

Sementara itu, The Straits Times Singapura menyiarkan permohonan maaf daripada stesen Penyiar Televisyen dan Radio, Mediacorp.

MediaCorp memohon memohon maaf kerana menerbitkan rancangan komedi yang mengandungi kenyataan “lancang” (offensive) terhadap Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Razak.

The apology concerned a segment in Channel 5’s weekly live comedy show Ok Chope!, in which a panel of comedians including Mike Kasem, Sam See, Najip Ali and Rishi Budhrani give impromptu humorous takes on current affairs. In a statement posted on Mediacorp’s website on Wednesday (April 5), the broadcaster said that viewers have given feedback that they found the segment containing references to Mr Najib, aired on March 29, offensive.

Ms Debra Soon, chief customer officer at Mediacorp, said in the statement: “Channel 5 and the production team behind Ok Chope! wish to sincerely apologise to Malaysian Prime Minister Najib Razak for a segment on last week’s episode.

“Last week’s episode included references to Malaysian Prime Minister Najib Razak which were in poor taste and offensive. We have thus pulled it from repeat telecast with immediate effect. We apologise unreservedly for this mistake.”

Comedian Najip, who appeared in the show, said in the same release: “Over the last few days I have reflected on the comments I made during a segment on a Channel 5 comedy show which referenced Malaysian Prime Minister Najib Razak. I realise how insensitive and callous I was. I would like to apologise unreservedly to Malaysian Prime Minister Najib Razak. I beg his forgiveness and that of my viewers and friends.”

One thought on “KOMEDI LANCANG TERHADAP PM: Najip Ali Digugurkan Juri MLM 2017, MediaCorp Singapura Pohon Maaf

  • April 6, 2017 at 11:03
    Permalink

    Najip Ali saman sampai muflis. Mediacorp haramkan di Malaysia selagi x pecat penerbit rancangan tu.

    Sekali lagi. Haramkan Mediacorp di Malaysia selagi x pecat penerbit rancangan sial.

    Bukan hanya memalukan Najib bahkan Malaysia. Singapura dah lemak.

    Reply

Leave a Reply