Penyokongnya Taknak Tengok Mahathir Kena Malu

Share

MENURUT pihak polis, ada 18 laporan diterima yang membawa kepada pembatalan debat antara Datuk Sri Nazri Aziz dengan Mahathir  di Shah Alam 7hb April depan.

Semua laporan ini besar kemungkinan diterima sebaik diumumkan bahawa polis meluluskan permohonan untuk mengadakan debat tersebut.  Sebab itu ia dibatalkan selepas diluluskan pada mulanya.

Penulis amat yakin, 18 laporan polis ini – hampir, kalau tidak kesemuanya dibuat oleh penyokong Mahathir sendiri yang tidak mahu Mahathir dimalukan Nazri pada tarikh tersebut.  Mereka tidak sangka polis akan meluluskan debat tersebut dan sebaik mengetahui permit debat itu diluluskan, mereka berlumba-lumba ke balai membuat laporan agar ia dibatalkan.

Fikir penulis macam itulah sebab dari mula pun kita tahu dalam hal ini, Mahathir adalah dipihak yang pengecut dan Nazri di pihak yang berani.  Ajak debat ini pun dia mulakan tapi beberapa kali meminta untuk menukar tempat, termasuk yang dibatalkan di Shah Alam ini.

Takkanlah penyokong Nazri pulak, kerana Nazri terbukti tidak memerlukan sesiapa untuk berhadapan dengan Mahathir.  Malah, ia adalah Mahathir yang melarikan diri dari berjumpa dengan Nazri di MRSM Kuala Kangsar pada 25 Mac lepas.  Itu saja bukti kukuh siapa pengecut dan siapa berani dalam hal ini.

Apa pun, Hasmah boleh tidur lena malam ini, tidaklah dia terlalu bimbangkan nasib suaminya 7hb nanti.  Kena hujan pun boleh tumbang, lagi pulak tekanan masa debat.  Payah orang hidup dengan bateri yang dipasang untuk membolehkan jantungnya berjalan ni.

Tapi, mengetahui Nazri, ramai agak pasti beliau tidak akan beralah dan besar kemungkinan hadir menunggu Mahathir 7hb nanti seperti mana di MRSM Kuala Kangsar 25hb dulu?  Mahathir?  Tak tahulah.  Mungkin sekali lagi Nazri perlu mencarinya dimana-mana.

3 thoughts on “Penyokongnya Taknak Tengok Mahathir Kena Malu

  • April 2, 2017 at 22:03
    Permalink

    Bila buat kerja budak2, kena sanggup dilayan saperti budak2 juga. Dalam hal berdebat Nazri tahu dia tak akan rugi apa2, baik menang mahupun kalah. Kalau dia kalah pun dia tak akan kena mengadap PM untuk dimarahi. Tapi kita percaya Nazri akan menang walaupun perdebatan itu tidak menentukan siapa kalah , siapa menang.

    Ini kerana Nazri bakal turun dengan fakta yang sarat. Jika IMBD yang akan jadi tajuk utama, kita tahu Nazri bukan turun dengan tipu daya, helah yang mengelirukan atau penipuan untuk sembunyikan sesuatu. Berlainan dengan M yang bakal bawak teori yang sudah jadi hafazan lidahnya sekian lama. Dari mula dia mengaku teori IMDB yang dijaja dia hanya besandar dari apa yang didengar dari orang tanpa sekelumit bukti

    Orang yang paling risau tentang hasil debat itu, bukanlah pengikut M sangat, tetapi tentunya keluarganya sendiri. Mereka tahu akan keburukan nya..

    Reply
  • April 3, 2017 at 03:06
    Permalink

    minta maaf, aku nak kata polis macam bongok tak reti nak letakan unit FRU berjaga diluar bangunan karangkraf itu sebab aku percaya boleh membuat pihak yang kononnya mahu membuat kacau acara debat/wacana itu takut nak buat kacau…atas aduan 18 orang awam(firasat aku lebih berat mengatakan 18 ahli termasuk penyokong parti cap bunga) itu kononnya ada pihak mahu membuat kacau, kalau mahu membuat kacau itu bermaksud takut madey kena bom ke apa polis boleh juga letakan unit pengesan bom di pintu masuk bangunan karangkraf itu

    susah apanya?

    mungkin polis batal permohonan(selepas sehari memberi kelulusan) sebab terpaksa memberi keutamaan melayan kehendak 18 orang awam yang membuat aduan itu selepas pihak penganjur(sinar harian) berdiam diri sahaja tak reti nak merayu minta polis menarik balik pembatalan dengan berbincang dengan polis supaya meletakan unit keselamatan atau mungkin pihak penganjur sendiri yang sebenarnya gagal menyediakan & memberi jaminan kepada polis tentang hal keselamatan

    manalah tahu sebab sebenar pembatalan disebabkan ‘pak guard’ di bangunan karangkraf ‘tak cukup manpower’ untuk memeriksa satu persatu para hadirin yang datang menyaksikan acara debat/wacana tersebut…entah2 nak sediakan ‘security wand’ kepada pak guard guna(untuk periksa barang2 terlarang atau dilarang bawa masuk oleh para hadirin) pun pihak penganjur tak mampu… kalau tak mampu beli boleh je sewa ‘security wand’ itu dari syarikat keselamatan, ramai orang tahu karangkraf bukannya sengkek

    susah apanya?

    Reply
  • April 3, 2017 at 07:32
    Permalink

    Lebih pada untuk menjaga . Dalam polis sendiri tentunya terdapat orang M. Mereka tentunya risau tentang kecederaan yang bakal berlaku pada mentor mereka. Mereka tentu sudah berkira akibat buruk jangka panjang mahu pun jangka pendek Olin kecederaan itu . Bukan cedera pisikal tapi cedera Nama dan reputasi .

    Reply

Leave a Reply