Nasib Baik Ada GST

Share

KETIKA kerajaan memutuskan untuk melaksanakan sistem percukaian GST di negara ini berkuatkuasa 1 April 2015, negara sedang berhadapan dengan situasi dimana harga minyak yang menjadi antara punca terbesar pendapatan negara ketika itu – sekitar 40%, sedang mengalami trend penurunan yang teruk.

Untung pada penggunalah sebab minyak murah tapi kerajaan yang bergantung kepada hasil minyak ini sudah tentu mengalami kesannya sebab kehilangan pendapatan.

Dalam masa yang sama, negara kita adalah negara bersubsidi tinggi.  Puluhan billion dibelanjakan terutamanya untuk sektor pendidikan dan kesihatan.  Semua ini memerlukan wang sedangkan kutipan cukai yang biasa ni berapalah sen lah sangat nilainya.  Kalau pun nampak banyak, tak mampu ganti kehilangan hasil minyak ini tadi.


Justeru, jatuhnya harga minyak ini menyebabkan kerajaan kehilangan sumber pendapatan untuk menampung perbelanjaan negara.  Umpama orang gaji RM 1000 sebulanlah, tiba-tiba hilang antara RM 200-300 macam itu, terasalah juga.

Setelah 2 tahun, terbukti perlaksanaan GST sedikit sebanyak berjaya mengisi kekurangan yang disebabkan dari kehilangan hasil akibat kejatuhan harga minyak ini tadi.  Buktinya, kerajaan tidak perlu menanggung hutang luar yang besar seperti mana sepatutnya berlaku.  Yang sampai 54% dari KDNK itu bukan hutang kerajaan tapi hutang negara.

Maksudnya hutang saya, hutang anda dan hutang kita semua digabungkan sekali, itu hutang negara.


Perlaksanaan GST juga tidak membebankan rakyat.  Hampir semua barang keperluan tidak dikenakan GST dan ini membantu rakyat berjimat atau membelanjakan wang untuk perkara lain.  Masa SST, semua benda kena cukai tinggal lagi, ia tidak dinyatakan dalam resit macam GST, jadi orang tak tahu.

Dibantu dengan BR1M, bertambah seronok orang berbelanja.

Maka tak hairanlah disebalik segala macam dakwaan kononnya rakyat hidup sengsara selepas perlaksaan GST, tidak ada sesiapa diantara 31 juta rakyat yang menjadi miskin atau mati kebulur kerananya – satu kes pun takde.  Jalan sesak hari-hari, jualan kereta baru meningkat, wang yang dihabis untuk benda tak penting makin banyak dan sebagainya.  Ini semua tanda.


31 juta beb, kalau betul GST ini bawa sengsara, takkan satu contoh tak boleh ditunjuk sebagai buktinya?

Sebaliknya kita dihidang dengan cerita seperti baru-baru ini ada isu babak gay nak dipotong dari sebuah filem, ada artis sanggup ke luar negara untuk menyaksikan babak itu kalau benar ia dipotong, bukti rakyat banyak duitlah tu.

Perniagaan pun begitu juga.  Dari beratus ribu syarikat di Malaysia ini, hanya satu saja yang mendakwa tutup sebab GST, itupun syarikat yang katanya ada hubung kait dengan orang kuat Pribumi – boleh persetan dakwaan ini, nampak sangat menipu.

Leave a Reply