Tanda-tanda Pembangkang “Kering” Idea, Rosmah Jadi Fokus Serangan

KREDIBILITI Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi masalah besar terhadap Pakatan Harapan yang diketuai DAP. Oleh itu, mereka terpaksa mengalihkan “serangan” kepada isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pula.

Lawatan rasmi enam hari, PM ke India dijang­ka mengukuhkan lagi hu­bungan dua hala Malaysia-India yang sudah terjalin sejak 60 tahun lalu. Dan yang pasti, PM bakal membawa jumlah pelaburan yang besar dari negara India bagi menjana ekonomi negara.

Bagi merosakan imej cemerlang ini maka Pakatan Harapan yang dipimpin DAP mengunakan isu remeh temeh disulami dengan fitnah dan meknah untuk merekayasa satu jalan cerita bagi memburukan isteri PM dengan harapan ianya akan turut mencalarkan kredibiliti PM, Barisan Nasional dan UMNO.

Datin Seri Rosmah Mansor difitnah terlibat dalam pertemuan dengan legenda filem Tamil, Rajinikanth, di Chennai, India hari ini, dan seolah-olah membenarkan laporan portal berita negara itu, The Telegraph sedangkan ia tidak pernah menjadi sebahagian daripada perencanaan dalam lawatan ke negara berkenaan.

Pada 29 Mac lalu, The Telegraph India mendakwa Najib dan Rosmah meminta untuk bertemu Rajinikanth semasa lawatan mereka ke India. Rajnikanth dikenali sebagai seorang daripada bintang filem terhebat dalam sejarah perfileman India dan disanjungan peminatnya di seluruh dunia. Menurut The Telegraph, mereka melihat program lawatan VVIP selama dua hari ke Chennai yang menjadi ibu negeri Tamil Nadu. Laporan itu mendedahkan bahawa Najib dan Rosmah merupakan peminat Rajinikanth ketika pelakon itu berada Melaka untuk penggambaran Kabali.

Nampaknya pembangkang mengunakan media luar negara pro mereka sekali lagi untuk mencipta fitnah terhadap PM dan isteri. Walaupun akhirnya segala fitnah tersebut dapat dibongkar namun misi pembangkang pimpinan DAP hanya mahu merosakan imej. Perkara yang berlaku selepas itu tidak lagi penting bagi mereka.

PM mengadakan lawatan rasmi selama lima hari ke India mulai hari ini. Lawatan itu atas undangan Perdana Menteri India Narendra Modi dan ini merupakan lawatan kali ketiga Najib ke negara itu sejak menyandang jawatan perdana menteri pada 2009.

Di New Delhi, Najib akan diberi sambutan rasmi di Istana Presiden, melakukan kunjungan hormat kepada Presiden India, Shri Pranab Mukherjee diikuti mesyuarat tertutup dengan rakan sejawatannya dari India dan mesyuarat dua hala anggota kanan delegasi kedua-dua negara.

Aturcara lawatan Najib di Chennai termasuk menghadiri majlis jamuan rasmi yang dihoskan oleh Pemangku Gabenor Tamil Nadu, Vidhyasagar Rao dan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Tamil Nadu, Edappadi Palaniswamy. Perdana Menteri juga akan memanfaatkan peluang ini untuk mengadakan sesi dialog dengan masyarakat Malaysia termasuk pelajar. Najib akan berlepas ke Jaipur untuk meninjau penyertaan Malaysia dalam projek-projek infrastruktur di India.

Beliau dijadual mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Rajasthan, Vasundhara Raje Scindia, dan menghadiri perbincangan peringkat tertinggi mengenai kemajuan syarikat-syarikat Malaysia dalam projek infrastruktur di Jaipur.

Dalam semua aturcara rasmi PM yang padat dan memberi manfaat yang besar kepada negara, mengapa pembangkang yang diketuai DAP hanya fokus pada isu memburukan Rosmah semata-mata? Jawapannya adalah pembangkang memang telah kering idea sehingga memaksa mereka menjadikan isteri PM sebagai sasaran mudah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *