Pakatan, Pertubuhan Haram Pertama Dalam Dunia Ada 2 Penasihat

Share


 

PENULIS secara peribadi belum pernah dengar mana-mana pertubuhan dalam Malaysia ini, mahupun dalam dunia ini pun dimana mereka mempunyai sehingga 2 penasihat – yang setaraf dari segala segi.  4 parti komponen saja yang kita cakapkan ni, bukan 40, pun ada 2 penasihat?

BN sebagai perbandingan, ada 13 parti komponen, takdak penasihat pun menang jugak.  Dahlah jawatan tu tak berapa nak berfungsi, ada 2 pulak lagi.  Satu nasihat kiri, satu nasihat kanan, memang jalan jahamanlah.

Latarbelakang dua-dua penasihat ini pun banyak tak kena.  Satu bekas Perdana Menteri (Pengerusi parti, bekas ahli parlimen) manakala satu lagi isteri bekas Timbalan Perdana Menteri (Ketua Pembangkang, Presiden Parti, Ahli Parlimen, ADUN), menjadikan gabungan dan kewujudan jawatan itu sendiri ini tidak lebih untuk mengelirukan rakyat dari memberi apa-apa erti yang bermakna.

Senang kata, kerja sia-sia dan memang Pakatan ini puak yang suka buat benda sia-sia

Azizah ni kalau diganding dengan Guan Eng, Muhyiddin dan Mat Sabu untuk satu nama jawatan, tu kenalah juga, ini Mahathir, apa kena mengenanya?  Mahathir (Pribumi) patut digabung sekali dengan Kit Siang (DAP), Anwar (PKR) dan Ahmad Awang (PAN).  Nampak sangat banyak tak kena tu, maksudnya nak menipu rakyatlah.

Belum kita sebut bagaimana Pakatan Harapan ini adalah pakatan haram, belum didaftarkan. CADANG untuk di daftar dengan SUDAH daftar adalah dua benda berbeza.  Pakatan Rakyat dulu pun hantar borang pendaftaran ke RoS jugak tapi sampai sudah tak berdaftar juga sebab puak-puak ini juga yang mahu ia tidak didaftarkan.

Cerita sama jugaklah ni.

 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *