Kekayaan Anak Mahathir: Apa Sebab Nak Panas?

Share

PANAS hati Rafizi nampaknya bila video dia mendedahkan punca kekayaan anak-anak Mahathir beberapa tahun lepas menjadi viral bukan sahaja di media sosial tapi juga di media alam nyata seperti TV3. Melenting dia bila ditanya wartawan semalam.

Tak pasal-pasal Media Prima yang diserangnya kerana mendedahkan video itu yang sebenarnya boleh dicapai oleh siapa saja yang ada akses ke Internet.

Nampak kat situ walaupun latar belakangnya macam dahsyat tapi bab spin bila dah kantoi, selevel saja dengan orang tak sekolah.  Yang dipersoalkan kandungan video tersebut dimana dia mendedahkan punca kekayaan anak-anak Mahathir – sebaliknya yang dipertikaikan siapa yang siar pulak.

Selain tak menjawab soalan, kaitannya pun takde.

Anyway, nak cakap ni, soal siapa siar tu apa masalah?  Kalau tak TV3 siar pun, video tu dah lama duduk dalam Youtube untuk dilihat orang, apa masalahnya?   Lagipun, hal-hal kantoi macam ini, media pro kerajaan kena tanyalah.  Takkan nak harap Suara Keadilan tanya pulak kan?  Sesekali tu cuba tunjuk cerdik sikit boleh?

Sekarang ni jawablah persoalan – apa pendirian sekarang tentang kekayaan anak-anak Mahathir ni?  Masih macam dulu atau sebab politik, semua itu (kekayaan anak Mahathir) tak penting lagi dah?

Bukan apa tanya ni, kesian pada penyokong PKR dan Pakatan yang kena bodoh bertahun-tahun dululah pasal isu ni.

Leave a Reply