Mahathir Lebih Banyak Ambik Tindakan Ke Atas Penjawat Awam Sokong Pembangkang

Tun Dr. Mahathir

 

ISU tindakan nak diambil ke atas kakitangan awam, terutama cikgu kerana menyokong pembangkang yang kembali hangat sekarang ini, sebenarnya bukanlah satu isu baru.  Benda ni lama dah berlaku terutama ketika Mahathir masih menjadi Perdana Menteri dulu.

Waktu itu jangan salah sikit, tahu saja siapa yang sokong pembangkang, nak-nak yang naik atas pentas ceramah politik macam yang dibincangkan hari ini, memang kena punyalah.  Itu yang ramai penjawat awam asal KL tapi akhirnya bermaustatin di Kelantan, Terengganu, Sabah dan sebagainya, sebab itulah.

Bagaimanapun ketika Paklah jadi Perdana Menteri, ada banyak kelonggaran, maklum sajalahkan, menang di 90% kawasan dalam PRU 2004, jadi ada lagak sikit konon dapat sambutan.

Jadi sekarang benda ini timbul balik.  Anehnya, masing-masing menganggap inilah satu-satunya pentadbiran dalam sejarah hampir 60 tahun merdeka dimana tindakan di ambil ke atas kakitangan awam yang sokong pembangkang sehingga ke tahap naik atas pentas politik Pakatan, berceramah.

Benda sudah lama, dulu lagi teruk.  Sekarang ni ringan sangat, berceramah atas pentas politik pembangkang saja baru tindakan diambik.   Habis, yang hari-hari kutuk kerajaan di Facebook tu tak pulak kena tindakan? Zaman Mahathir nampak pakai T-Shirt PAS pun dah kena hantar masuk hutan mana tak tau.

Itu untung masuk hutan, kena kat Selangor, kutuk dia tengok, buang terus seperti yang berlaku kepada seorang guru KAFA di negeri itu bernama Ekhsan Bukharee Badrul Hisham.

Senang cakap, isu lama, cuma jadi hangat semula dan zaman Mahathir lagi teruk.  Tutup cerita.

Hanya 7 pemimpin bahagian PPBM Kedah sokong Dr M sebagai pengerusi parti

Leave a Reply