Kabinet luluskan RUU Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017

Share


24 MAC: Kabinet pada hari ini meluluskan cadangan Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said, ia sekaligus membenarkan RUU tersebut dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat minggu depan.

Secara dasar, RUU itu adalah bertujuan bagi menangani kesalahan jenayah seksual kanak-kanak secara holistik dan komprehensif.

Usaha lanjut daripada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan akan mewujudkan undang-undang baharu bagi menangani jenayah itu.

Azalina yang juga anggota Parlimen Pengerang berkata usaha murni kerajaan itu dapat memantapkan undang-undang sedia ada bagi membanteras jenayah seksual kanak-kanak di negara ini.

Selain itu, Azalina dalam masa yang sama turut berharap Jawatankuasa Bertindak Berkaitan Jenayah Seksual Kanak-kanak yang diumumkan penubuhannya Najib tahun lepas, akan menjadi platform kepada pelbagai agensi untuk berkongsi kepakaran dalam merangka strategi terbaik menangani jenayah itu.

Sumber: https://www.bnbbc.my/kabinet-luluskan-ruu-kesalahan-seksual-terhadap-kanak-kanak-2017/

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!