Syarat Ketat BR1M, Kerana Kerajaan Pegang Amanah Jaga Duit Rakyat

Share

KUALA LUMPUR – Komunikasi Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam menafikan dakwaan kononnya kerajaan sengaja mengetatkan syarat permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sehingga menyebabkan rungutan banyak pihak.

Menurut Lokman tindakan tersebut terpaksa diambil bagi mengelakkan penipuan di kalangan pemohon sekaligus memastikan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja diberikan bantuan.

“Datuk Seri Najib dulu rambut hitam tapi sekarang dah putih melepak, sebab sering berfikir formula yang terbaik untuk agihkan dan pastikan kek kekayaan ekonomi negara dapat diberikan secara saksama.


“Sebab itu bukan mudah nak dapatkan BR1M kerana kita (kerajaan) mengunakan 13 agensi saringan antaranya Jabatan Pendaftaraan Negara, LHDN, PDRM, JPA, MOE, termasuklah dengan Jabatan Agama Islam dan sebagainya bagi memastikan bantuan ini benar-benar dapat disalurkan kepada golongan sasar,” ujarnya.

Lokman ketika berucap di ‘Siri Jelajah MOF COMM: Memahami Dasar Ekonomi Negara’ baru-baru ini menjelaskan kerajaan terpaksa bertindak tegas dalam perkara ini kerana ia melibatkan amanah rakyat.

“Ada kes keluarga sengaja tidak mengistiharkan kematian ahli keluarga yang telah meninggal dunia, ada juga pemohon yang membayar cukai kerana mempunyai pendapatan melebihi RM4,000 yang turut memohon bantuan.


“Malah ada juga pasangan yang mempunyai 4 orang dan masih duduk bersama tapi mengaku dah bercerai, suami letak nama 2 orang anak manakala isteri letak nama 2 orang anak lagi kerana nak menipu.

“Tapi apabila kita semak kembali ternyata maklumat yang diberikan adalah palsu maka permohonan tersebut terpaksa kita tolak, kerajaan perlu tegas dalam hal ini kerana kita memegang amanah untuk menjaga duit rakyat,” ujarnya.

Leave a Reply