Azmin Perlu Tunjuk Kuat Diluar Untuk Sembunyi Yang Kecut Di Dalam

Share

PAS mungkin pihak yang menyebabkan Azmin menjadi Menteri Besar Selangor pada 2014 bilamana Azizah yang sepatutnya dilantik ke jawatan itu.  Tapi itu cerita dulu, cerita lama.  Siapa yang kenang jasa sangat sekarang ni?

Di masa depan, ia adalah DAP yang akan menentukan sama ada masih Azminkah masih Menteri Besar atau orang lain – jika Pakatan ini tak tunbanglah di negeri tersebut.  Justeru, Azmin tidak boleh ambil risiko dengan berkonfrantasi dengan DAP sekarang atau peluangnya jadi Menteri Besar penggal kedua dari samar kepada tertutup langsung.

Apa lagi cara untuk membeli jiwa DAP sekarang ini, selain dari menghina PAS.


Lagipun, Azmin boleh pandang rendah PAS hari ini kerana dari 15 kerusi yang PAS menang dalam PRU13 di Selangor, separuh atau lebih adalah dibantu pengundi cina DAP.  Kerusi macam Sri Serdang, Taman Templer dan sebagainya.  Semua tu dibantu pengundi yang dipindahkan kawasan mengundi mereka lebih awal.  Tak percaya?  Tengok pertambahan mendadak pengundi di kawasan terbabit berbanding 2008.

Di sebelah yang lain, Azmin taknak orang tahu bahawa 2/3 kalau tak semua kerusi yang PKR menang di Selangor dalam PRU13, adalah kerana dibantu pengundi totok PAS.  Kawasan macam Taman Medan, Sri Setia – termasuk Parlimen Gombak yang Azmin sandang pun.  Semua kawasan ini kalau berlaku pertandingan 3 penjuru, Azmin boleh ucap bye bye.

Maka itu Azmin kena tunjuk garang dengan menghina orang PAS dari luar Selangor macam Nik Abduh, sebab dia nak tutup apa yang kecut di dalam.  Mana Azmin berani kondem orang PAS Selangor walaupun ada yang terang-terang tak berpuas hati dengannya?


Tapi tindakan Azmin menghina Nik Abduh pulak telah dianggap sebagai lampu hijau untuk semua orang PKR menghina orang PAS di seluruh negara.  Habis semua cerita diungkit, termasuk peranan PAS dalam PRK Permatang Pauh 2015.  Macam mana Azmin nak perbetulkan masalah itu selepas ini?  Terlajak perahu boleh undur, terlajak cakap, kerusi boleh hilang, kerajaan Selangor boleh tumbang.

Leave a Reply