Letupan Di London: Percayalah, Masih Ramai Percaya KL Lebih Teruk

 

LONDON seringkali dijadikan rujukan sebagai segalanya yang terbaik oleh sebahagian rakyat Malaysia.  Ada yang lebih sanggup tak ke Mekah, asal sampai ke London dulu.  Maklum sajalah, Mekah, siapa yang impress?  Kalau London tu kang, nampak macam lord lord sikit bila masuk media sosial.

Sejak beberapa tahun yang lepas, London seringkali menjadi sasaran serangan oleh kumpulan pengganas, terbaru semalam.  Walaupun terletak di dalam antara 5 negara kuasa besar (England), London itu sendiri mempunyai taburan CCTV yang tinggi dan perkhidmatan perisikan yang terkenal di seluruh dunia seperti MI6 (antarabangsa) dan MI5 (domestik) – tapi pengganas tetap dapat meloloskan diri dan melakukan onar di bandar tersebut beberapa kali.

Kejadian semalam adalah yang kedua selepas serangan penggganas ke atas sistem pengangkutan London pada tahun 2005.  Sebagai perbandingan, dalam tempoh yang sama, Kuala Lumpur tidak mengalami apa bentuk serangan seumpamanya walaupun diketahui ada usaha-usaha ke arah itu, cuma digagalkan pihak polis terlebih dahulu.  Pencerobohan Lahad Datu bukan perbandingan yang sesuai kerana latar belakang kejadian, lokasi dan sebagainya, sangat jauh berbeza dengan tujuan penulisan ini.

Sekaligus membuktikan kecekapan pihak berkuasa dalam memastikan keselamatan rakyat dari ancaman pengganas terutama di kawasan yang menjadi tumpuan seperti Kuala Luimpur.

Tapi percayalah, tidak ada siapa yang akan memandang tinggi pasukan polis dan agensi yang berkaitan dalam memastikan ibu negara kita kekal selamat dari serangan pengganas.  Masih ramai yang memandang tinggi London lagi dan filem James Bond yang menggambarkan ‘kehebatan’ perkhidmatan perisikian negara tersebut.  Ungkapan “Malaysia masih selamat” sering diperolok-olokkan dan sebagainya.

Inilah kadang-kadang masalah dengan orang kita.  Kuman sebarang laut nampak, gajah depan mata buat buat buta.  Apa pun, tahniahlah kepada semua elemen dalam pasukan keselamatan kita kerana berjaya menghindar keganasan yang serupa dari berlaku di Kuala Lumpur khasnya dan Malaysia amnya.

Leave a Reply