Hina ‘Tok Lebai’, Bila Mati Mayat Mereka Akan Membusuk Dengan Ego – Pas Selangor

Share


Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ahmad Dusuki Abd Rani membidas kenyataan pemimpin yang didakwa menghina golongan agamawan di negara ini.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, namun kenyataan Ahmad Dusuki itu dipercayai merujuk kepada status Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di laman twitter, pada Selasa.

“Hina sangatkah menjadi ‘ tok lebai’ di kalangan mata manusia ini sehingga nafas dan dada menjadi sesak dengan keberadaan mereka?

“Perlukah hidup ini mewajibkan diri menghina para alim ulama’ setelah kita menjadi pemimpin sekejap ini?

“Tidakkah istilah lebai dan warak ini menjadi kewajipan bagi mereka yang mengetahui kematian akan dilalui dihadapan mereka,” ujarnya memetik kenyataan di laman Facebooknya.

Azmin semalam menempelak ‘tok lebai’ yang ingin menawan negeri itu dalam pilihanraya umum akan datang.

Menurut Ahmad Dusuki lagi walaupun golongan ‘tok lebai’ ini tidak menjawat jawatan sebagai menteri besar namun mereka mempunyai senjata doa yang sangat ampuh.

“Kita tunggu saat kematian orang yang menghina para alim ulama’ ini!! Pastilah mayat mereka ‘membusuk’ dengan keegoan diri itu!!.

“Tok lebai’ ini walaupun ia tidak menjadi menteri besar mahu pun perdana menteri, namun mereka mempunyai ‘senjata’ yang ampuh melalui doanya, tunggulah saat tersungkur dan tersembam itu!,” tegasnya lagi.

Polemik ‘perang’ antara Pas dan PKR bermula apabila ahli parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengulas kenyataan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyasarkan untuk mentadbir Selangor pada pilihan raya umum ke-14, selain Kelantan, Terengganu, Kedah serta Perak.



One thought on “Hina ‘Tok Lebai’, Bila Mati Mayat Mereka Akan Membusuk Dengan Ego – Pas Selangor

  • March 24, 2017 at 8:25 pm
    Permalink

    Berbanding dengan Khalid Ibrahim , Azmin hanya bertaraf budak suruhan. Azmin sejak dulu budak suruhan Anwar. Sekarang budak itu direzekikan utk jadi MB. Apa yang bolih diharapkan dari seorang budak suruhan yang tidak bertaraf pemimpin.

    Tentu cakapnya merapu. Perangainya tak menentu. Ucapannya tanpa isi mahu pun visi.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *