Calon PM Biseksual OK, Takkan “Gay Moment” Pulak KO?

 

KALAU nak diukur semua sekali dalam media sosial atau “dikalangan netizen” di Malaysia ini, apa yang betul?  Cantik salah, buruk salah, sembahyang salah, tak sembahyang salah, kaya salah, tak kaya pun salah.  Pendek kata, ada saja tak kenalah, sebab macam-macam jenis manusia ada dalam tu.  Kalau mengundi tu senang, tau semuanya mesti usia 21 tahun dan ke atas.

Dalam hal nak memotong babak gay moment dalam sebuah filem terbitan Disney baru-baru ini pun begitulah, apa yang kita boleh harapkan bila “kalangan netizen” ini beri komen?  Puak-puak ini bukan faham apa benda pun.  Apa isunya, apa rasionalnya, bukan peduli.  Kita cerita tentang kebarangkalian menggalakan hubungan sesama jenis di kalangan kanak-kanak, dia ambik contoh babak rogol dalam Ombak Rindu, tak ke bodohnya tu? Tang mana samanya konteks seksual lelaki sama lelaki dan perempuan sama lelaki?

Media sosial la katakan, cerdik ke, bodoh ke, gila ke, pandai ke, siapa yang tahu? Semuanya “nampak sama”.

Jadi pihak lembaga penapisan filem ni buat sajalah apa yang patut.  Benda wayang gambar saja pun, bukan boleh buat siapa mati kebulur.  GST yang konon membebankan rakyat pun tak menyebabkan sesiapa kebulor atau jadi miskin sehingga sekarang, cerita wayang gambar yang tiketnya dikenakan GST pulak lagi.

Tapi pada masa yang sama, dalam macam-macam keadaan dikatakan tentang ekonomi negara kita dibawah pentadbiran hari ini, rakyat masih banyak masa bertekak benda tak penting macam babak gay moment dalam sebuah filem ni.  Setahu penulis yang pernah hidup susah dulu (zaman Mahathir jadi Perdana Menteri), mana ada masa nak fikir benda-benda macam ni semua?  Sibuk petang kang nak makan apa, malam kang makan benda yang sama juga ke dan sebagainya. Itu baru betul hidup dalam keadaan susah.

Ada tu penulis baca, sampai ke tahap nak menonton filem itu di luar negara kalau benar babak itu di potong di negara ini – nampak tu macam mana kaya orang kita.  Senang ke, susah ke orang kita ni sebenarnya?

Kesimpulannya, isu ini sebenarnya bukanlah sebesar mana.  Alangkah seorang biseksual yang dah disahkan Mahkamah pun nak diangkat jadi Perdana Menteri, takkanlah dek sebab babak ‘gay moment’ ini pulak nak berbalah ye tak?  “Majulah sikit”.

Leave a Reply