Syed Saddiq Bakal Letak Jawatan Ketua Pemuda PPBM?

KUALA LUMPUR – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dikatakan bakal meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Beliau melalui laman Facebooknya sebentar tadi memaklumkan telah diterima untuk menyambung pelajaran peringkat Sarjana dalam bidang Polisi Awan di Universiti Oxford.

“Ini merupakan satu keputusan yang sukar, membincangkang sama ada untuk meninggalkan bidang politik buat sementara waktu di saat (parti) berdepan dengan saat yang paling penting tahun ini.

“Atau menolak tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Oxford,” tulisnya di status berkenaan.

Walaupun tidak menyatakan secara terus keputusan yang bakal beliau piliih namun tinjaiuan yang dilakukan di ruangan komen mendapati, rata-rata meminta beliau memilih untuk pergi ke Oxford.

Menurut mereka, sekiranya Syed Saddiq memilih untuk menolak tawaran tersebut keputusan tersebut ia bakal memberikan kesan kepada PPBM khususnya golongan muda.

Ini kerana anak muda khuhusnya penyokong PPBM akan merasakan karier politik adalah lebih penting berbanding menuntut ilmu demi masa depan yang lebih baik.

“Salam Syed. Tahniah. Lebih baik pergi Oxford utk upgrade diri sendri. InsyaAllah kat sni dgn izin Allah akan berjalan lancar. Prepare yourself to be a leader. A good and a quality leader. Because in future we gonna need more people like you. Tahniah. Kalau masih ragu2. Istiqarah. Mintak petunjuk dari Nya. Good luck bro,” tulis Nazliyadi Azhari.

“Tahniah!! Selamat maju jaya untuk anda, Pegi lah menuntut ilmu, luaskan pengalaman dan pengetahuan… Apapun, buat sokat istikharah dulu ya. Semoga Allah beri hidayah,” ujar Sarimah Sigai.

“Baik pergi sana bro, demi masa depan. Politik boleh teruskan lepas habis belajar nanti. Politik bukan segala-galanya,” tegas Zainal Abidin Ramli pula.

2 thoughts on “Syed Saddiq Bakal Letak Jawatan Ketua Pemuda PPBM?

  • March 22, 2017 at 13:10
    Permalink

    Belum cukup ilmu didada rupanya Sadiq Sigaraga ni nak jadi ahlil politik. Harapan aku agar tiada penyokong2 Barisan Nasional yang menuduh Sadiq sebagai penakut atau berniat nak lepas tangan atas kemalapan parti bunga.

    Semoga Sadiq beroleh kejayaan dalam menuntut ilmu. Diterangkan hatinya agar dapat memilih dengan betul siapa yang patutnya disokong semasa menuntut ilmu disana. Kalau dapat tajaan kerajaan (kalau) masa belajar tu, ingat2lah siapa yang sponsor.

    Dan yang last sekali..cuba elakkan masuk ke tempat2 hiburan seperti disko2 dan pub2 ye..dosa tau!!

    Reply

Leave a Reply