NEGARAKU: Kalau Negara Lingkup Tahu Pula Salahkan PM!

Memenuhi standard piawaian nombor satu selaku penghasut, Rafizi sekali lagi melancarkan serangan ke atas Perdana Menteri gara-gara terkesan dengan pelancaran “Negaraku” baru-baru ini.

“Kejayaan negara, bukan kejayaan Najib” 

Setelah dilantik sebagai Perdana Menteri, Najib Razak telah memperkenalkan slogan “Rakyat Didahulukan”. Buat pertama kalinya dalam sejarah, seorang Perdana Menteri, melalui media sosial, membuka sebarang cadangan, pandangan malah kritikan ke atas perkara-perkara yang berkait langsung dengan rakyat seperti cadangan untuk pembentangan bajet, dan maklumbalas berhubung inisiatif-inisiatif yang dibangunkan oleh kerajaan seperti MRT.

Dengan pendekatan sedemikian, kita perlu akui rakyat juga memainkan peranan dalam menyumbang pandangan untuk dilaksanakan. Ya, boleh juga kita tafsirkan sebagai “kejayaan negara, kejayaan rakyat”. Tiada lagi era “Government knows all”.  Akan tetapi, jika bahtera tanpa nakhoda, bagaimana untuk mengharungi badai gelora agar menuju ke destinasi?

Kita tidak mahu negara ini hancur dan gagal. Nauzubillahiminzalik, minta dijauhkan. Namun, andaikan bahtera itu kelak tenggelam dibadai gelora, sanggupkah Rafizi berkata “Kegagalan negara, bukan kegagalan Najib!”? Mati hidup semula pun, kita pasti tidak akan mendengar ayat tersebut dilafazkan oleh Rafizi jika diambil kira dari modus operandinya sebagai penghasut sejak dahulu lagi.

“Kritik Terhadap Najib Bukan Kritikan Terhadap Negara”

Tipikal pembangkang, segala kesalahan diletakkan kepada Perdana Menteri. Dalam era ini, sesiapa pun perlu mengakui bahawa Perdana Menteri menerima segala kritikan secara terbuka. Kritikan ke atas Perdana Menteri tidak salah, namun ia harus berlandaskan fakta sebenar dan bukannya bergantung kepada sumber-sumber yang tidak sahih, apatah lagi memfitnah dengan sengaja yang akhirnya menyebabkan pelabur enggan melabur di negara kita. Bukankah ia juga memberi  kesan kepada negara?

Kita bukan tidak tahu bagaimana puak-puak ini memburuk-burukkan Malaysia di luar negara. Zikir “negara akan bankrap” juga telah diwiridkan sejak zaman berzaman. Apa motifnya?

3 thoughts on “NEGARAKU: Kalau Negara Lingkup Tahu Pula Salahkan PM!

  • March 22, 2017 at 12:42
    Permalink

    Rafizi..Rafizi..memang kerjanya mencari salah kerajaan. Kerajaan perlu melihat secara positif apa yang dibentangkan oleh Rafizi. Itu pun cuma perlu lihat atau ambil tahu persoalan yang releven sahaja. Ayat2 yang berunsurkan hasutan tu kita buat2 bodoh ajelah..kalau dilayan tak cukup seminggu macam kes Permata pulak. Sesiapa yang mengenali Rafizi ni, memang paham sangat perangai beliau..Berilah beliau peluang bersuara sebelum disumbat ke dalam penjara tak lama lagi.

    Reply
    • March 23, 2017 at 16:18
      Permalink

      dan juga berilah peluang beliau memfitnah seberapa ramai orang yg dia suka sebelum malaikat maut merentap nyawanya…

      Reply

Leave a Reply